KERTAS PUTIH FELDA – LAPORAN FORENSIK MENGELIRUKAN (EPISOD 3.25)

Share

FELDA INVESTMENT CORPORATION BUKAN CABANG PELABURAN FELDA?

KERTAS PUTIH FELDA

Menurut laporan KERTAS PUTIH FELDA (ISBN 978 -967 – 5842 -14 -6) yang dikeluarkan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) pada 10 April 2019, Lampiran 1 Bab 3 oleh sebuah syarikat yang dilantik MEA  bagi menyediakan laporan berkenaan menimbulkan keraguan kepada bidang sebenar penubuhan FELDA INVESTMENT CORPORATION.

Halaman 15, klausa 1.5 (Kes 5)

  • Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) merupakan projek pembangunan bercampur di atas 24 lot tanah milik FELDA seluas 20 ekar di Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Pada 16 Januari 2014, Lembaga Pengarah FIC telah bersetuju untuk melantik sebuah syarikat pemaju hartanah (Syarikat F) sebagai Pemaju Utama Projek walaupun FIC tidak ada hak atas tanah tersebut dan Belum dilantik oleh FELDA sebagai perunding pengurusan projek. Pelantikan tersebut hanya diluluskan oleh Lembaga Pengarah Felda tujuh (7) bulan kemudian iaitu pada 2 September 2014.

Bagaimana FIC yang ditubuhkan pada 2 Julai 2013 dikatakan BELUM DILANTIK SEBAGAI PERUNDING PENGURUSAN PROJEK? Menurut yang tercatit dalam http://fic.net.my/corporateprofile/ syarikat berkenaan adalah milik penuh FELDA. Mengapa FIC dinafikan sebagai Perunding Pelaburan FELDA dalam laporan ini? Adakah syarikat yang menyediakan Laporan Forensik tidak mencari fakta sebenar atau ia disengajakan?

 

Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC), was incorporated by Federal Land Development Authority (FELDA) on 2 July 2013.

FELDA was established on 1 July 1956 under the Land Development Ordinance of 1956 for the development of land and relocation with the objective of poverty eradication through the cultivation of oil palm and rubber.

FIC, wholly owned by FELDA, was established as the investment arm of FELDA, aims to ensure sustainable and reasonable growth in order to generate returns to its shareholder. FIC’s role is to undertake business activities which are non-plantation related and at present, FIC is principally involved in the areas of property development, hospitality and other strategic investments.

Jika menurut laporan KERTAS PUTIH, pada ketika projek tersebut diluluskan Lembaga Pengarah FIC pada 16 Januari 2014, Felda Investment Corporation bukanlah Perunding Pengurusan Projek. Azmin Ali selaku Menteri Hal Ehwal Ekonomi ( Mei 2018 – Februari 2020 ) perlu menjawap mengapa laporan yang telah disediakan mengelirukan atau mempunyai motif lain.

KERTAS PUTIH FELDA

PROJEK SEMARAK

Adakah laporan sengaja dikelirukan tanpa mengambilkira fakta sebenar untuk kepentingan pihak tertentu atau ada pihak lain yang sebenarnya berminat untuk mengambil-alih projek berkenaan dengan memberikan fakta yang tidak tepat dan menjadikan FELDA sebagai “Kambing Hitam”.

Laporan sebegini sudah pasti akan dibaca oleh Peneroka serta Generasi Felda tetapi mereka hanya l didedahkan dengan kenyataan permukaan (surface) sahaja tanpa mendapat input sebenar  disebalik kelulusan Projek Semarak. Terlalu banyak kelemahan yang dipaparkan dalam laporan KERTAS PUTIH (Forensik). Banyak lagi pendedahan yang akan dibongkar dalam episod akan datang.

 

Justeru itu, FELDA mesti melakukan satu kajian menyeluruh pembentangan KERTAS PUTIH ini berlandaskan fakta dan percanggahan yang terdapat didalamnya. Bagi pihak Menteri pula, seharusnya bertanggungjawab percanggahan maklumat KERTAS PUTIH (Forensik) yang telah dibentangkan dalam Parlimen.

 

KERTAS PUTIH FELDA – FAKTA vs AUTA (EPISOD 1)

Leave a Reply