Kabinet bincang Belanjawan 2021, PRU kilat boleh tunggu

Mesyuarat khas Kabinet yang dihadiri semua menteri di Putrajaya untuk membincangkan Belanjawan 2021.

Sumber berkata, perdana menteri mahu pandangan menteri mengenai belanjawan yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 6 Nov ini.

“Semua menteri berada dalam mesyuarat itu,” katanya sambil menambah ia dipengerusikan Muhyiddin Yassin.

Belanjawan 2021 menyusul pandemik Covid-19 yang menyebabkan banyak perniagaan ditutup dan ribuan orang kehilangan pekerjaan.



Pembangkang mendesak lebih banyak peruntukan dan bantuan untuk perniagaan, termasuk sektor pelancongan dan perkhidmatan, yang antara teruk terjejas.

Tiada rombakan Kabinet

Sumber menolak kemungkinan rombakan Kabinet diadakan kerana Muhyiddin berminat mendapatkan mandat baru daripada rakyat.

“Pilihan raya ialah satu-satunya cara untuk mara bagi mendapatkan mandat rakyat.”



Satu lagi sumber memberitahu FMT, bahagian Barisan Nasional, PPBM dan PAS sudah diminta menamakan calon mereka untuk Pilihan Raya Umum ke-15.

Katanya, ketua bahagian sedang menyenaraikan calon mereka, ketika Umno dan PPBM melakukan “gencatan politik”.

“Rundingan kerusi antara BN, PAS dan PPBM sedang berlangsung dengan majoritinya dipersetujui. Kini, setiap parti diminta menyerahkan nama calon.”

Sumber itu berkata, beberapa kumpulan mendesak pilihan raya mengejut diadakan seawal bulan depan, tetapi “semuanya ditangguhkan kerana Covid-19”.



Katanya, rakyat tidak akan memaafkan ahli politik jika pilihan raya diadakan sekarang ketika kes positif Covid-19 sekitar 700 hingga 800 kes sehari baru-baru ini.

“Mereka hanya menunggu angka itu turun.” FMT

Tak benar ada pertemuan Zahid, Anwar bincang sokongan MP



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker