GPS tak gila kuasa nak buat pilihan raya negeri, kata Abang Johari

Share

Ketua menteri Abang Johari Openg berkata Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak gila kuasa sehingga mahu mengadakan pilihan raya ketika pandemik Covid-19 melanda negara.

Beliau berkata, kerajaan negeri perlu mengambil kira 2 faktor utama, keadaan kesihatan dan tarikh tamat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak penggal ini.

“Kami mahu terus melindungi rakyat dan membantu pemulihan ekonomi, tetapi kami tidak akan mempunyai mandat untuk melakukannya jika DUN dibubarkan secara automatik pada April. Pilihan raya negeri mesti diadakan pada Jun.

“Jadi, kami perlu mendapat mandat baru daripada rakyat untuk membenarkan kami melindungi Sarawak.

GPS sokong kembali Dr M satu kerja gila – Wan Junaidi

“Bukannya kita gila untuk mempertahankan kuasa,” katanya pada sidang media Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 4.0 hari ini.

Ketika ditanya adakah pilihan raya negeri diadakan tahun ini, Abang Johari menjawab “50:50”.

Beliau berkata, walaupun tidak dapat menjangkakan berapa lama negeri ini akan terus melaporkan 1 digit kes Covid-19, tiada siapa dapat memberi jaminan ia akan lebih selamat tahun depan.

Katanya, kerajaan GPS akan meminta nasihat daripada Kementerian Kesihatan dan pakar kesihatan sebelum membubarkan DUN, menyatakan New Zealand, Singapura, dan Korea Selatan mengadakan pilihan raya semasa pandemik Covid-19 dan tidak melihat ada kemunculan gelombang baharu.

“Penting bagi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan SOP lebih ketat dan kami akan memastikan pemimpin kami dan rakyat mematuhi garis panduan itu,” katanya. FMT

Leave a Reply