Darurat Pentadbiran Negara, Tidak Melibatkan Tentera

Share

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilaporkan bakal sembah mengadap Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong petang ini di Istana Abdul Aziz, Indera Mahkota, Kuantan, Pahang.

Muhyiddin dijangka menyampaikan keputusan Mesyuarat Khas Kabinet pagi tadi untukmendapat perkenan Yang Di Pertuan Agong bagi satu pengisytiharan darurat pentadbiran.

Lapor sebelum ini kabinet mencadangkan penggantungan Parlimen dan pengisytiharan darurat dibuat bagi mewujudkan kestabilan politik sepanjang tempoh menentang penularan pandemik Covid-19 ini.

Kabinet setuju darurat, PM dijangka mengadap Agong

Jika cadangan ini diperkenan, Tuanku dijangka membuat proklamasi darurat malam ini.

Tuanku Agong akan mengambil alih pentadbiran negara dengan nasihat kabinet darurat.Ia boleh jadi kabinet sedia ada atau kabinet baharu.

Pengisytiharan darurat ini membolehkan kerajaan melakukan perbelanjaan kecemasan tanpa perlu kelulusan Parlimen.

Kerajaan sedia ada dikatakan percaya Belanjawan 2021 yang bakal dibentang November ini tidak akan lulus akibat kekurangan sokongan majoriti.

Dalam masa yang sama darurat politik ini tidak membabitkan pemerintahan Angkatan Tentera Malaysia seperti darurat keselamatan.

Leave a Reply