Bayi lelaki baru lahir ditemui dalam kotak di Kuala Kangsar [ VIDEO]

Seorang bayi lelaki yang masih bernyawa dan bertali pusat ditemui dalam sebuah kotak di hadapan sebuah gerai makanan berhadapan sebuah bank di sini, pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, ACP Omar Bakhtiar Yaacob berkata pihaknya dimaklumkan mengenai penemuan bayi itu oleh seorang peniaga makanan pada kira-kira 9 pagi semasa hendak memulakan perniagaannya.

“Semasa hendak memulakan perniagaan, lelaki itu terdengar bunyi tangisan bayi dan selepas itu menemukan satu kotak yang di dalamnya terdapat seorang bayi lelaki,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Omar Bakhtiar berkata siasatan mendapati bayi itu dipercayai dilahirkan kurang daripada 24 jam sebelum dibuang dan kini ditempatkan di Hospital Kuala Kangsar untuk pemeriksaan lanjut.

Katanya siasatan sedang dijalankan untuk mengesan ibu bayi itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi yang dilahirkan. Bernama

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=9xLDbi5ylHc[/embedyt]

Kredit:  Info Roadblock JPJ/POLIS

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker