Tiada Mesyuarat Perwakilan dan Perhimpunan Agung UMNO Tahun Ini · MYKMU.NET

Tiada Mesyuarat Perwakilan dan Perhimpunan Agung UMNO Tahun Ini

Share

Penangguhan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian dan Perhimpunan Agung UMNO 2020 kerana pandemik Covid-19

Adalah dimaklumlan bahawa Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian dan Perhimpunan Agung UMNO ditangguhkan kerana wabak Covid-19.

Fasal 8.2 Perlembagaan UMNO yg dirujuk berbunyi “Perhimpunan Agung Tahunan hendaklah diadakan sekali dalam setahun pada bila-bila masa yang ditetapkan oleh Majlis Tertinggi dengan syarat tidak lewat daripada 18 bulan dari tarikh Perhimpunan Agung yang lalu”.

Fasal 8.2 Perlembagaan ini dibaca bersama Perkara 5.4 Peraturan Persidangan yang berbunyi “Tarikh Perhimpunan Agung, tarikh Mesyuarat Perwakilan Bahagian dan tempoh Persidangan Cawangan adalah ditentukan oleh Majlis Tertinggi”

Tarikh Perhimpunan Agung UMNO 2019 ialah pada 6 & 7 Dis 2019. Maka 18 bulan selepas itu ialah selewatnya pada 5 Jun 2021. Oleh itu dipersetujui bahawa tarikh Mesyuarat Perwakilan Bahagian ialah pada Mac/April 2021 dan Perhimpunan Agung 2020 pada Mei/awal Jun 2021. Tarikh yang tepat akan dimaklumkan kemudian.

Penangguhan ini melibatkan sekitar 764 persidangan iaitu 4 mesyuarat perwakilan untuk setiap 191 UMNO Bahagian di seluruh negara. Oleh kerana begitu banyak perhimpunan yang melibatkan puluhan ribu orang, ianya kemungkinan berupaya untuk merebakkan wabak Covid-19.

Jawatankuasa Pengurusan UMNO telah bersetuju sebulat suara mengenai keputusan ini dan telah pun mendapat persetujuan secara majoriti daripada Ahli-ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO melalui “circular resolution” atau pun resolusi secara edaran.

AJK UMNO Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri di 191 bahagian adalah disarankan untuk mengadakan pelbagai aktiviti kebajikan prihatin rakyat dan ziarah kasih kepada yang memerlukan bantuan dalam kawasan masing-masing. Segala aktiviti mestilah mematuhi SOP Covid-19 yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Sekian, terima kasih dan salam perjuangan.

DS Ahmad bin Maslan
Setiausaha Agung UMNO
22 Oktober 2020

Makluman Rasmi: Tarikh Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Empat Peringkat Serta PAU 2020

Leave a Reply