Kit Siang berkhayal kaitkan gencatan politik dengan kes Khairuddin – Najib

Penasihat DAP, Lim Kit Siang dianggap berkhayal kerana mengaitkan gencatan politik UMNO dengan kes kuarantin seorang menteri dari Pas.

“Entah bagaimana Uncle Kit Siang mampu kaitkan gencatan politik sementara UMNO sebab Covid dengan kes Menteri Pas tidak kuarantin dikategorikan oleh Jabatan Peguam Negara sebagai No Further Action (NFA)?

“Nampak sangat khayalan dia semakin memuncak,” sindir bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam media sosialnya hari ini.

Beliau seterusnya mencadangkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) meneruskan dakwaan kepada Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Takiri sebab ramai yang menganggapnya tidak adil.

“Jangan hadiahkan modal politik percuma kepada PH (Pakatan Harapan). Biarkan hakim memutuskan,” kata Ahli Parlimen Pekan itu.

Namun, pada masa yang sama, kerajaan PN perlu tarik balik keputusan NFA zaman PH dan teruskan pertuduhan mahkamah bagi skandal BNM Forex RM33 bilion Tun Mahathir Mohamad dan kes rompakan Air Sabah RM1.5 bilion Datuk Seri Mohd Shafie Apdal juga.

“Ini baru adil. NFA bagi ketiga-tiga kes ditarik balik. Sudah tentu Kit Siang akan bersetuju kerana dia pernah tulis buku skandal BNM Forex khususnya untuk tuduh Mahathir. Ada berani, Kit Siang?” soal Najib. MG

Lim Kit Siang sudah-sudahlah berkhayal. Tidak elok untuk kesihatan anda.

Gencatan politik UMNO langkah terbaik untuk rakyat – Salleh

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker