Hukuman lebih berat pemandu mabuk kuatkuasa Jumaat ini · MYKMU.NET

Hukuman lebih berat pemandu mabuk kuatkuasa Jumaat ini

Share

Dr Wee Ka Siong
Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 yang mengenakan hukuman lebih berat terhadap pesalah jalan raya khususnya pemandu bawah pengaruh alkohol dan dadah mula dikuatkuasakan pada 23 Oktober ini.

Pindaan undang-undang itu diluluskan Dewan Rakyat pada 26 Ogos dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 16 Oktober.

Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong berkata, pindaan itu diharap mampu memberi kesedaran kepada orang ramai terhadap pematuhan undang-undang, menjadi pengguna jalan raya yang berhemah dan memastikan jalan raya di negara ini kekal selamat.

“Sejak saya mengangkat sumpah sebagai Menteri Pengangkutan, isu keselamatan jalan raya merupakan antara perkara paling diutamakan dari segi penggubalan polisi dan penguatkuasaan, termasuklah mengenai pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 itu mengenakan hukuman lebih berat terhadap pesalah jalan raya khususnya melibatkan Seksyen 41 hingga Seksyen 45 iaitu pemandu bawah pengaruh alkohol dan dadah.

Selain itu, beliau berkata undang-undang berkenaan turut mengambil kira pandangan masyarakat menerusi soal selidik dijalankan oleh kementerian melalui Bahagian Logistik dan Pengangkutan Darat (BLPD).

“Berdasarkan soal selidik daripada 345,000 orang, sebanyak 94% mahu pemandu bawah pengaruh alkohol dan dadah dikenakan hukuman lebih berat,” katanya.
FMT

Jangan tangguh hukuman berat terhadap pemandu mabuk : Hishammuddin

Leave a Reply