Umno umum ‘gencatan politik’, fokus bantu rakyat

Share

Umno hari ini mengumumkan “gencatan politik” bagi memastikan agenda menangani Covid-19 dan membantu rakyat yang susah akibat hambatan ekonomi dapat diutamakan.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa semua pihak melakukan gencatan politik dan menumpukan sepenuhnya usaha membantu rakyat dalam meringankan beban yang ditanggung mereka akibat dampak ekonomi dan pandemik COVID-19.

Presiden Zahid Hamidi juga mengumumkan Umno mendukung kerajaan Perikatan Nasional, dan mengarahkan semua kepimpinan parti “dalam Kabinet” memberikan sepenuh penumpuan kepada usaha membantu rakyat.

“Ketika ini rakyat sedang resah, rakyat sedang susah dan rakyat tidak perlukan sandiwara-sandiwara yang menjelekkan. Kesimpulannya, tugas utama kita masih perlu tetap setia untuk terus memperkukuh ‘rumah sendiri’.

“’Main business’ UMNO jangan ditinggalkan, mengutamakan khidmat dan mendahulukan rakyat jangan sesekali dikesampingkan. Jika ‘rumah’ kuat dan kukuh, ditambah pula tiada anasir-anasir kepentingan peribadi yang mendahului kepentingan parti, maka lebih mudah untuk perihal rakyat kita dahulukan.

“Kita mungkin rasa kita ‘hebat’ tetapi kuasa rakyat jauh lebih kita perlukan untuk menentukan kita pada masa depan,” ujar beliau.

Najib gesa pemimpin, ahli Umno tiada jawatan bantu pimpinan kerajaan

Leave a Reply