SK Seri Sentosa Tutup seminggu, murid positif COVID-19

Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Sentosa di Jalan Victoria di sini ditutup seminggu bermula Selasa selepas seorang murid di situ disahkan positif COVID-19.

Pengarah Pendidikan Pulau Pinang Abdul Rashid Abdul Samad berkata sekolah itu akan dicuci dan disanitasi sepanjang tempoh berkenaan.

“Ya betul, SK Seri Sentosa ditutup bermula hari ini hingga 26 Okt nanti selepas terdapat seorang murid positif COVID-19.

“Pihak pengurusan sekolah akan memastikan semua guru mengajar dari rumah melalui dalam talian sepanjang tempoh berkenaan,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Selasa.

Pada 1 Okt lepas, SK Permatang Janggus ditutup selama lapan hari selepas seorang guru wanita di situ disahkan positif COVID-19. BERNAMA

Covid-19: 3 lagi sekolah di Perak diarah tutup

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker