Sarawak lakar sejarah bina stesen pengisian bersepadu 3 dalam 1

KUCHING: Sarawak mara setapak lagi dalam merealisasikan hasrat menjadi kuasa pengeluar bahan api hidrogen. Ini dibuktikan dengan pembinaan stesen pengisian bersepadu 3 dalam 1 yang pertama seumpamanya di Malaysia.

Stesen pengisian bersepadu ini meliputi bahan bakar konvensional, hidrogen dan pengecasan elektrik.

Bertempat di Darul Hana, di sini, majlis pecah tanah disempurnakan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang juga ‘Arkitek Pemodenan Sarawak’.

“Stesen pengisian bersepadu ini akan membekalkan tiga komponen utama iaitu minyak petrol dan diesel, hidrogen yang berasaskan air dan terakhir, bateri (pengecasan elektrik),” kata Abang Johari dalam ucapan perasmiannya.

Abang Johari juga memaklumkan beliau telah meminta kerajaan Persekutuan, agar tidak melaksanakan dahulu cukai terhadap kereta yang menggunakan hidrogen sebagai bahan bakar, bagi menggalakkan pengguna mencuba teknologi baru itu.

“Kita di Sarawak minta dengan kerajaan pusat menerusi Menteri Kewangan.
“Jika ada kereta yang guna hidrogen, jangan dikenakan cukai dahulu kerana ia sesuatu yang baharu di dunia,” ujarnya.

Menerusi kerjasama Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) dan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) Energy, enam lagi stesen akan dibina masing-masing satu di Sri Aman, Sibu, Bintulu, Miri dan dua di Kuching. Awani

Saya tak kata kerajaan akan iktiraf UEC – Muhyiddin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker