Muhyiddin menghadap Agong

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mesyuarat Pra-Kabinet di Istana Negara.

Istana Negara dalam kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebook memaklumkan sesi hari ini berlangsung selama satu jam bermula 8 pagi.

“Mesyuarat Pra-Kabinet adalah antara aktiviti mingguan atau rutin utama Al-Sultan Abdullah untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama Perdana Menteri berkenaan urusan dan isu-isu berkaitan kerajaan,” menurut kenyataan itu.

Turut dimuat naik bersama kenyataan itu, empat keping gambar menunjukkan Muhyiddin mengadakan pertemuan dan perbincangan bersama Seri Paduka.

Pada minggu lepas Anwar Ibrahim telah menerima perkenaan Sultan Abdullah untuk menghadap.

Selepas Anwar, Ku Li pula dipanggil ke istana hari ini, kata sumber

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker