Muafakat Nasional bukan sekadar satukan dua parti dominan

Muafakat Nasional (MN) bukan hanya menyatukan dua parti dominan Melayu Islam di Malaysia tetapi perlu digemblengkan menjadi pemangkin bagi menyuntik kesedaran politik kepada anak muda.

Exco Pemuda UMNO, Afif Farhi Othman berkata, kesedaran politik itu juga perlu membawa agenda yang lebih besar terhadap generasi muda iaitu demi agama, bangsa dan tanah air yang tercinta.

Katanya, generasi muda hari ini kurang peduli hal politik bahkan membenci pencatur politik yang lebih mementingkan diri sedangkan ia merupakan satu tanggungjawab perlu dihayati.

“Ia ditambah lagi dengan proses liberalisasi politik kini telah menghadirkan pelbagai alternatif untuk anak muda membuat pilihan sehingga memungkinkan ‘kesetiaan’ mereka bukan lagi ukuran,” katanya dalam kenyataan di laman Facebooknya di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau berharap agar proses pendaftaran Muafakat Nasional dapat dipermudahkan serta ukhuwah dan silaturahim antara pimpinan serta ahli UMNO dan Pas dapat terus dipelihara oleh ALLAH.

“#HPU914 (Himpunan Perpaduan Ummah) adalah sejarah yang amat sukar untuk diulang kembali sekiranya perpecahan terjadi lagi,” katanya.

Tambahnya, soal keberadaan Pas di dalam Perikatan Nasional biarlah diputuskan oleh pucuk pimpinan parti itu manakala UMNO kekal bersama Barisan Nasional dan beriltizam untuk terus memperkasakan Muafakat Nasional. Sinar

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker