Kritik isu air : Saya senyum dan tenang saja, kata Amirudin

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari terbuka menerima kritikan susulan isu gangguan bekalan air tidak berjadual yang kerap berlaku kebelakangan ini.

Katanya, beliau tidak boleh menghalang mana-mana pihak untuk mengkritik sebaliknya fokus menyelesaikan masalah yang berlaku.

“Sebagai kerajaan, saya selaku menteri besar dan exco positif ke depan dan bagi kita untuk selesaikan masalah.

“Orang yang marah memang kadang-kadang tidak terkawal, kita duduk ini hanya senyum dan tenang dan cuba selesaikan masalah dari tuding jari dan salahkan pihak-pihak terbabit atau keluarkan teori konspirasi untuk sedapkan cerita.

“Saya tahu mereka marah tapi kita hendak selesaikan secara sistematik bukan hanya dengan gimik dan aktiviti dan perkara-perkara yang berlaku,” katanya pada sidang media hari ini.

Beliau mengulas desakan meletak jawatan selepas didakwa gagal menyelesaikan isu gangguan air di Selangor.

Amirudin berkata, beliau tidak akan membuat kesimpulan dengan menuduh isu pencemaran air yang berlaku disebabkan sabotaj pihak ke-3.

“Saya tidak mahu buat kesimpulan, tapi tidak tolak sebarang kemungkinan dan akan ada siasatan oleh pihak berkuasa untuk dapatkan dari segala aspek dan perkembangan,” katanya,

Sehingga kini, 8 kali gangguan bekalan air tidak berjadual berlaku membabitkan Selangor dan Kuala Lumpur menyebabkan berjuta penduduk terjejas.

Terbaharu, seramai 1,196,457 pemegang akaun Air Selangor membabitkan 1,292 kawasan di Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual, selepas 4 LRA Sungai Selangor dihenti tugas berikutan pencemaran bau Isnin lalu. FMT

Air oh air, bila nak selesai?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker