Khabib tiba untuk pertarungan menentang Gaethje

Share

LONDON: Khabib Nurmagomedov tiba di Abu Dhabi untuk pertarungan UFC menentang Justin Gaethje dengan dia kelihatan seperti Bane.

Bagaimanapun, topeng coronavirus yang dipakai The Eagle itu menjadi tumpuan peminat yang membandingkannya dengan Tom Hardy dalam filem Batman The Dark Knight Rises.

Topeng sebenar Khabib adalah alat pernafasan berharga pound 200 (RM1,081) yang dibuat rakan kongsi UFC, O2 Industries. Dia akan mempertahankan tali pinggang lightweight di Fight Island.

Khabib, salah seorang bintang besar UFC, bersiap untuk pertarungan pertamanya dalam setahun.

Dia akan berusaha menggunakan kaedah yang sudah dicuba dan diuji untuk memerangkap lawan ke lantai seperti yang dilakukan ketika mengalahkan Conor McGregor pada Oktober 2018.

Namun, ia mungkin sukar untuk dilakukan terhadap Gaethje yang memiliki latar belakang dalam gusti.

Jurulatih Khabib, Javier Mendez bagaimanapun tidak menganggap ia akan menjadi masalah.

“Perkara utama dengan Justin adalah apabila dia menggunakan gusti? Saya tidak pernah melihatnya. Jadi mari kita lihat apa yang akan berlaku,” katanya.

– AGENSI

“Khabib akan menang! Saudaraku! ungkap InshaAllah!” – Christiano Ronaldo [ VIDEO ]

Leave a Reply