Dakwaan Serangan Seksual: Polis rampas CCTV dan rakam keterangan

Share

Polis merampas kamera litar tertutup (CCTV) dan merakam keterangan saksi berhubung penyebaran berita palsu yang mengaitkan Speaker DUN Melaka Ab Rauf Yusoh yang dituduh melakukan serangan seksual.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Huzir Mohamed, berkata pihaknya merakam keterangan individu yang dikaitkan dengan penyebaran berita itu.

Rauf difitnah rogol wanita di bilik hotel, “mangsa” buat laporan polis

“Polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Kami telah merakam beberapa kenyataan daripada saksi-saksi dan orang yang didakwa juga.

“Polis juga membuat rampasan CCTV dilokasi yang dikatakan,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman, hari ini. MK

Polis siasat penyebaran ‘tuduhan palsu’ babitkan Speaker Melaka

Leave a Reply