Bar, kelab malam, pusat hiburan dilarang saji minuman keras · MYKMU.NET

Bar, kelab malam, pusat hiburan dilarang saji minuman keras

Share

Kerajaan memberi amaran kepada pengusaha bar, kelab malam dan pusat hiburan yang didapati mengambil kesempatan menyalah guna lesen operasi sebagai kebenaran untuk menyajikan minuman keras dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata perniagaan berkenaan tergolong dalam senarai terlarang, sekali gus mereka tidak dibenarkan untuk menyajikan minuman keras.

“Pub, bar, kelab malam dan pusat hiburan masih tergolong dalam senarai terlarang. Jadi mereka tak boleh walaupun bukan PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) dan PKPP pun kita masih belum keluarkan mereka ini daripada senarai negatif.

“Kita tak benarkan, ada beza antara bar dengan restoran,” katanya ketika sidang media harian di sini, hari ini.

Beliau bagaimanapun berkata, situasi berbeza dengan pengusaha restoran yang dibenarkan menyajikan minuman keras kerana mereka memiliki lesen mengusahakan restoran.

“Ada restoran bukan Melayu dan mereka juga menjual makanan dan pada masa sama ada minuman keras. Ia restoran bukannya bar, maknanya dia jual makanan.

“Macam restoran Jepun di Malaysia, ia adalah restoran tetapi mereka juga menjual minuman keras dalam restoran itu. Selain minuman ringan ada juga minuman keras, tetapi lesen mereka lesen restoran,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan sentiasa mengingatkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk mengambil tindakan dan pihak berkuasa tempatan (PBT) menarik balik lesen bagi yang masih berdegil, supaya premis perniagaan itu ditutup. BH

Beku Lesen Arak: Pemimpin DAP kata PN “Tak Guna” PAS “Gila” UMNO “Lagi Gila”

Leave a Reply