Rayuan wanita mohon diisytihar bukan Islam didengar Disember

KUALA LUMPUR: Rayuan seorang wanita dilahirkan beragama Islam mengikut sebelah bapanya, tetapi memohon diisytiharkan bukan Islam kerana mendakwa dibesarkan oleh ibunya beragama Buddha, akan

didengar Mahkamah Persekutuan pada 16 Disember ini.

Peguam Azman Marsallah mewakili Majlis Agama Islam Selangor selaku responden kedua ketika dihubungi berkata, pendengaran baharu ditetapkan hari ini melalui prosiding e-review (dalam talian) oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Azniza Mohd Ali.

Katanya, pihak lain yang terbabit dalam prosiding itu ialah peguam Ashton Paiva yang mewakili Rosliza (perayu); Penolong Penasihat Undang-Undang Selangor, Siti Fatimah Talib mewakili negeri Selangor (responden pertama) dan Peguam Kanan Persekutuan M Kogilambigai mewakili Kerajaan Malaysia sebagai amicus curiae (sahabat mahkamah).

Rosliza, 38, merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak saman pemulanya bagi mendapatkan satu perisytiharan bahawa beliau seorang penganut agama Buddha dan bukan Islam.

Pada 20 Januari lalu, Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan Rosliza untuk mendapatkan kebenaran bagi merayu berhubung dua isu perundangan yang perlu diputuskan mahkamah.

Beliau memfailkan saman pemula pada 2015 untuk mendapatkan satu perisytiharan bahawa beliau dilahirkan sebelum bapanya yang beragama Islam, dan mendiang ibunya, yang beragama Buddha, berkahwin.

Rosliza mendakwa bahawa beliau bukan seorang penganut agama Islam, sehubungan itu Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidang kuasa terhadapnya.

Menurut perayu, beliau dibesarkan sebagai seorang penganut agama Buddha oleh mendiang ibunya.

Rosliza mendakwa, bahawa beliau menghubungi pihak berkuasa agama di 10 negeri lain dan berjaya mendapatkan pengesahan bahawa mereka tidak memiliki sebarang rekod ibunya memeluk agama Islam atau rekod berhubung pernikahan antara ibu bapanya.

Pada 22 Jun 2017, Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak saman pemula Rosliza atas alasan bukti yang dikemukakan hanya menunjukkan tiada pendaftaran perkahwinan.

Mahkamah memutuskan bahawa perkara itu tidak membuktikan bahawa perkahwinan berkenaan tidak berlaku dan bukti yang dikemukakan gagal membuktikan atas imbangan kebarangkalian bahawa beliau bukan seorang Islam.

Ia turut memutuskan bahawa kes berkenaan adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah dan bukan Mahkamah Tinggi Sivil-BH

Adun PAS Sabah lantik pegawai khas beragama Kristian

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker