Ahmad Zahid doa Abdul Hadi sembuh, kembali sihat

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memuat naik status di Twitternya berhubung keadaan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Menerima berita mengejutkan Abdul Hadi telah dimasukkan Hospital Putrajaya malam ini sebelum dipindahkan ke IJN (Institut Jantung Negara)

untuk rawatan lanjut.

“Marilah kita bersama mendoakan kesembuhan kepada tuan guru dan kembali sihat seperti sedia kala,” katanya.

Sebelum itu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut memaklumkan tentang perkara tersebut di akuan Facebook beliau.

Menurut Najib, Ahli Parlimen Marang itu dilaporkan dalam keadaan stabil.

Sementara itu, tular satu kenyataan yang mendakwa Abdul Hadi telah dikejarkan ke Jabatan Kecemasan Hospital Putrajaya.

Kenyataan itu mendakwa, beliau dibawa ke hospital itu pada pukul 7.50 malam kerana mengalami sesak nafas.

Difahamkan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang juga Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan turut berada di hospital tersebut.

Menurut kenyataan itu, doktor memaklumkan bahawa keadaan Abdul Hadi stabil.

“Jantung beliau lemah berkemungkinan disebabkan dalam keadaan penat,” kata kenyataan itu.

Katanya, doktor telah memaklumkan bahawa Abdul Hadi akan dirujuk ke IJN untuk rawatan susulan.

Beliau juga akan membuat ujian swab di institut tersebut.

Difahamkan, beliau dibawa ke institut itu pada pukul 9.50 malam dengan menggunakan ambulans.

Sementara itu, Sinar Harian masih mendapatkan pengesahan berhubung status Abdul Hadi dengan pegawainya.-SH

Tuan Guru Hadi Awang Dikejarkan Ke Jabatan Kecemasan Hospital Putrajaya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker