Covid-19 : 862 kes hari ini dengan 3 kematian

Jangkitan Covid-19 terus melebihi 800 kes hari ini dengan 862 kes baharu berbanding 865 kes semalam.

Perkembangan hari ini merupakan hari ke-3 yang melaporkan jangkitan melebihi angka 800 sejak kelmarin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata 860 kes penularan tempatan manakala 2 lagi kes import.

“Sabah terus mencatatkan negeri tertinggi iaitu 673 kes termasuk 231 kes dari Penjara Kepayan. Ia diikuti Selangor (132 kes), Kedah (17 kes) dan Perak (9 kes),” katanya pada sidang media hari ini.

Majlis Keselamatan Negara (Rasmi):
Terkini. 20 Okt. Sebanyak 862 kes baharu #COVID19 hari ini – 860 kes tempatan, 2 import.

Sabah tertinggi (673) termasuk 231 kes dari Penjara Kepayan. Negeri lain, Selangor (132), Kedah (17), Perak (9).

634 kes sembuh, 1 kluster baharu, 2 kluster tamat, 3 lagi kematian.


634 sembuh dilaporkan hari ini. Jumlah kes sembuh 14,351.

Tahniah dan terima kasih para petugas kesihatan!

Status Terkini COVID-19 Di Malaysia,
20 Okt 2020

Kes sembuh=634
Jumlah kes sembuh=14,351 kes
Kes baharu positif=862
(kes import=2, kes tempatan=860)
Jumlah positif=22,225 kes
Kes kematian=3
Jumlah kes kematian=193 kes
Kes dirawat di ICU= 95 kes
Bantuan Alat Pernafasan= 29

PECAHAN KES BAHARU (862)

SABAH-673
260 dari kluster-kluster sedia ada
243 saringan kontak rapat
2 kluster Kertang
168 lain-lain saringan COVID-19

SELANGOR-132
84 dari kluster-kluster sedia ada
34 saringan kontak rapat
2 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
12 lain-lain saringan COVID-19

KEDAH-17
15 dari kluster-kluster sedia ada
1 saringan kontak rapat
1 kes SARI

PERAK-9
8 dari kluster-kluster sedia ada
1 lain-lain saringan COVID-19

P.PINANG-8
8 dari kluster-kluster sedia ada

LABUAN-6
2 dari kluster-kluster sedia ada
2 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
1 saringan kontak rapat
1 lain-lain saringan COVID-19

N.SEMBILAN-6
2 dari kluster-kluster sedia ada
2 saringan kontak rapat
2 lain-lain saringan COVID-19

KL-7
4 dari kluster-kluster sedia ada
1 saringan kontak rapat
1 lain-lain saringan COVID-19
1 import tiba dari Mesir

Putrajaya-1
1 dari kluster sedia ada

JOHOR-1
1 dari kluster sedia ada

KELANTAN-1
1 dari saringan kontak rapat

SARAWAK-1
1 import tiba dari Indonesia

Berita lanjut menyusul

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker