Covid-19 : 6982 kes hari ini, masih tinggi

Covid-19 : 6982 kes hari ini, masih tinggi

Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 6,982 kes baharu Covid-19, menjadikan jumlah jangkitan meningkat kepada 765,949 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 2,907



Ia diikuti Kuala Lumpur dengan 637 kes, Negeri Sembilan (606), Sarawak (440), Melaka (202), Johor (517), Kedah (257), Sabah (230), Pahang (329), Pulau Pinang (351), Perak (182), Labuan (131), Kelantan (129), Terengganu (44), Putrajaya (20).

Perlis pula tiada kes.

Secara kumulatifnya, Selangor yang merupakan negeri paling ramai penduduk itu telah melaporkan suku juta kes COVID-19 setakat ini.



Data tersebut dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusia media sosial beliau sebentar tadi.

Selain itu, Johor mencatatkan 517 kes baharu – peningkatan hampir 100 peratus berbanding semalam.

Jika semalam, Johor hanya melaporkan 270 kes.

Turut menyaksikan peningkatan ketara ialah Pahang, daripada 195 kes semalam kepada 329 kes hari ini.



Sementara itu, beberapa negeri mencatatkan penurunan kes antaranya Melaka, daripada 311 kes semalam kepada 202 kes.

Turut turun, Sarawak yang melaporkan 440 kes hari ini, turun 144 kes berbanding semalam.

Perlis pula melaporkan sifar pertambahan kes manakala Terengganu dan Kelantan masing-masing melaporkan 44 dan 129 kes.

Berta lanjut menyusul



Covid-19 : 6982 kes hari ini, masih tinggi


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Lagi pemimpin PAS kurang senang kempen #BenderaPutih



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker