Pedulilah Coronavirus! 31 individu sertai ‘Parti Liar’



Sebaran :

ISKANDAR PUTERI – Seramai 31 individu ditahan dalam dua serbuan berasingan kerana terlibat dalam parti liar di Medini Utara di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, dalam serbuan pertama, polis menyerbu sebuah rumah pada jam 7.30 petang.

Menurutnya, dalam serbuan itu polis menahan seramai 21 orang iaitu 11 lelaki dan 10 wanita warga tempatan berumur lingkungan 18 hingga 30 tahun.



“Selepas serbuan pertama, polis sekali lagi menyerbu rumah di kawasan itu pada jam 8.30 malam.

Antara individu yang ditahan kerana terlibat parti liar di sebuah rumah di Medini Utara, Iskandar Puteri kelmarin.

24 ditahan terlibat parti liar di Ampang

“Dalam serbuan itu, polis menahan 10 lagi individu terdiri daripada tujuh lelaki dan tiga wanita warga tempatan berumur lingkungan 18 hingga 30 tahun



“Polis juga merampas dua buah lampu strobe dan dua speaker,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, hasil ujian saringan air kencing, kesemua suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine, ketamin dan ganja Tetra Hydrocannibol (THC).

Katanya, kesemua suspek ditangkap kerana melanggar Peraturan 11, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam Kawasan Tempat Jangkitan) 2020 dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).



“Kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Peraturan 11(1) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPP),” katanya.

Dah nama pun penyamun, semua dia…


Sebaran :


Leave a Reply