Bakal pengantin mati selepas terima suntikan sedut lemak

KUALA LUMPUR – Hasrat seorang wanita tempatan berusia 23 tahun untuk kelihatan cantik sebagai persiapan perkahwinan dengan lelaki dari Afrika Selatan berakhir dengan tragedi.

Wanita berkenaan menemui ajal pada Sabtu lalu jam 2.30 petang selepas yang berkunjung ke sebuah pusat kecantikan yang tidak diiktiraf dalam rawatan kecantikan di Pusat Beli Belah Velocity Mall, Cheras.



“Dia pergi buat rawatan kecantikan dengan syarikat itu yang didapati telah berdaftar secara sah tetapi siasatan polis mendapati dia tidak mempunyai kemahiran atau berkepakaran dalam penyedutan lemak.

“Setelah mereka memberi suntikan di tangan mangsa, mangsa terus mengalami masalah kesukaran bernafas, muka dan badan jadi pucat sebelum pengsan dan tidak sedar diri,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul hari ini.

Tambah Saiful Azly, pemilik premis kemudiannya menelefon ambulans sebelum mangsa dikejarkan ke hospital dan didapati meninggal dunia.

Rentetan kejadian itu, katanya, kedua dua suspek ibu dan anak itu berusia 49 dan 23 tahun telah direman tiga hari dan kertas siasatan dibuka bawah Seksyen 304a Kanun Keseksaan.- MG / Says



 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker