PRN Sarawak diadakan bila penggal tamat, kata Abang Johari

Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg hari ini berkata, pilihan raya negeri perlu diadakan apabila tempoh Dewan Undangan Negeri (DUN) sedia ada tamat, Jun tahun hadapan.

Beliau berkata, ada pihak tertentu dan individu yang mencadangkan agar pilihan raya negeri tidak diadakan sewaktu pandemik Covid-19, tetapi menjelaskan yang DUN perlu dibubarkan apabila tempoh masanya tamat untuk membolehkan pilihan raya diadakan.

“Kita perlu menyerahkan kepada rakyat (untuk mandat baru) dan kita mempunyai kerajaan yang bagus untuk menguruskan Covid-19 (ketika proses pilihan raya),” kata Abang Johari yang juga pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) ketika menutup konvensyen Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) 2020 di sini, hari ini.

Beliau berkata, Sarawak perlu terus diperintah oleh orang Sarawak dan bukannya orang atau parti politik dari luar negeri itu.

GPS merupakan gabungan 4 parti Sawawak, iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak yang dipengerusikan Abang Johari, SUPP, Parti Demokratik Progresif (PDP) dan Parti Rakyat Sarawak (PRS).

Sebagai pengerusi GPS, beliau mahu semua parti komponen bekerjasama sebagai satu pasukan bagi memenangi pilihan raya negeri ke-12 itu, drngan menambah bahawa pilihan raya akan datang akan membuatkan mereka lebih kuat dalam membina masa hadapan.

“Tiada negeri yang boleh berjaya jika rakyatnya berpecah dan tidak mempunyai keupayaan untuk memerintah dan membangunkan negeri, tetapi saya mendapat kerjasama daripada kesemua parti komponen,” katanya.

Beliau berkata, selepas memenangi kes cukai jualan petroleum daripada Petronas, Sarawak di bawah GPS akan melaksanakan haknya dalam usaha mempelbagaikan hasil sebagai pendapatan tambahan.

Beliau berkata, GPS akan sentiasa mengutamakan rakyat Sarawak dan kestabilan politik dalam usaha membawa negeri ini ke paras pembangunan lebih tinggi dan menjadikannya negeri maju pada 2030.

“Hasrat kami adalah jelas, iaitu menjadi sebuah negeri membangun di Malaysia pada 2030, tetapi untuk mencapainya, kita perlu membangunkan ekonomi, memperkuatkan kedudukan kewangan dan membangunkan bakat kita (tenaga kerja),” katanya. FMT

Biar tempoh konsesi tol tamat seperti dijadual – Fadillah

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker