Polis siasat insiden wanita dipukul semasa mesyuarat parti Amanah di Teluk Intan

Share

Polis sedang menyiasat laporan seorang wanita yang mendakwa dikasari manakala adik perempuannya ditumbuk sehingga pengsan semasa menghadiri satu mesyuarat sebuah parti politik di Teluk Intan, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Kamarudin Mat Salleh berkata, pihaknya menerima laporan daripada wanita itu yang berumur 32 tahun kira-kira 11.04 malam, pada hari yang sama, di Balai Polis Teluk Intan.

“Beberapa individu telah dipanggil untuk memberi keterangan dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkab kecederaan, masih diteruskan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Wanita terbabit merupakan seorang guru, dalam laporan polis yang tular mendakwa beliau bersama sembilan individu datang ke sebuah hotel di Teluk Intan kira-kira 8.30 malam kerana mendapat jemputan untuk menghadiri satu mesyuarat parti namun apabila tiba telah dihalang untuk masuk. Bernama

Nota: Sumber memberitahu bahawa wanita tersebut adalah Timbalan Ketua Amanah Teluk Intan manakala lelaki yang menumbuk itu adalah bekas Setpol Pengerusi Amanah Perak.

[VIDEO] Samseng Jalan Raya Belasah Lelaki Gara-Gara Bunyi Hon, Isteri Luah Geram!

Leave a Reply