Penat dan bosan! Penduduk Lembah Klang, Selangor sudah lali masalah air ini

Share

Penat dan bosan!

Demikian yang terpaksa dihadapi oleh penduduk di Lembah Klang dan Selangor selepas masalah air seolah-olah menjadi ‘festival’ wajib bagi mereka, hampir setiap bulan.

Keadaan bertambah perit ketika mana rakyat perlu berdepan dengan pandemik COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di dua negeri berkenaan.

Tinjauan Astro AWANI di beberapa kawasan yang terjejas akibat masalah air tidak berjadual mendapati rata-rata penduduk hanya berharap perkara ini dapat diselesaikan segera.

“Nak marah pun macam tiada tujuan sebab kita memang tak puas hati (masalah gangguan air).

“Tetapi tak boleh buat apa kan cuma boleh harap kerajaan buat kerja dengan baik,” demikian luah peniaga, Ahmad Daniel Ameeru Maznor, 23.

Jelas Ahmad Daniel, masalah gangguan bekalan air sedikit sebanyak menjejaskan pendapatannya sebagai peniaga kecil-kecilan

Jelas Ahmad Daniel, masalah gangguan bekalan air sedikit sebanyak menjejaskan pendapatannya sebagai peniaga kecil-kecilan

Jelas Ahmad Daniel, masalah gangguan bekalan air sedikit sebanyak menjejaskan pendapatannya sebagai peniaga kecil.

“Masalah air seperti kerap sangat berlaku rasa macam hampir setiap bulan.

“Jadi, bila kami yang berniaga pun susah juga sebab pakai air, dan apabila tiada kena ambil air dekat luar,” katanya lagi.

Sementara itu, penduduk Seksyen 18, Shah Alam, Meor Mohd Azhar Meor Hasan, 42, berkata banyak aduan telah dibuat berhubung situasi tersebut, namun masalah air yang berlarutan sejak puluhan tahun lalu masih belum dapat diselesaikan.

“Jadi sepanjang saya dekat sini kita memang kerap sangat berlaku bekalan air terputus.

“Kami di sini bukannya golongan berada, jadi keluhan-keluhan yang kami terima (daripada penduduk) terlalu banyak.

“Jadi, saya harap sangat Air Selangor (Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd) dapat menyelesaikan isu ini dengan segera. Kalau kita ada masalah air, hantar lori tangki air,” katanya.

Meor berkata, masalah bekalan air semakin menyulitkan apabila penduduk di kawasan perumahan Seksyen 18 berdepan dengan keadaan tangki yang 'usang'

Meor berkata, masalah bekalan air semakin menyulitkan apabila penduduk di kawasan perumahan Seksyen 18 berdepan dengan keadaan tangki yang ‘usang’

Walaupun berdepan dengan masalah tersebut, tinjauan Astro AWANI mendapati kepatuhan penduduk terhadap pelaksanaan PKPB berada pada tahap yang baik.

Ia dapat dilihat apabila kru Astro AWANI ke beberapa kawasan perumahan termasuk di AU3 Taman Keramat, Gombak dan Seksyen, 6, 17, 18, Shah Alam mendapati tiada penduduk yang beratur menunggu tangki lori air, berbanding situasi sebelum ini.

Bagi suri rumah, Norsham Shamsudin, 51, pula, walaupun notis awal telah diberikan, ia tetap membebankan isi rumah untuk menyimpan bekalan air setiap kali berlaku masalah tersebut.

“Pihak-pihak berwajib kena ambil serius sebab kami penduduk-penduduk di kawasan flat ada yang memiliki anak kecil dan berkeluarga besar.

“Kalau kami yang tinggal di bawah, mungkin ada tempat untuk menyimpan bekalan air, (tetapi) bagi orang bekerja, ia akan mendatangkan masalah.

“Selain itu, ada penghuni bujang mungkin mereka tiada tempat atau bekas untuk menyimpan air yang banyak,” tambahnya.

Asyraf berpandangan pihak berkaitan perlu mempertimbangkan untuk memberi ganti rugi kepada pelanggan

Asyraf berpandangan pihak berkaitan perlu mempertimbangkan untuk memberi ganti rugi kepada pelanggan

Mohd Asyraf Md Azizan, 23, pula berpendapat, pihak berkaitan perlu mempertimbangkan untuk memberi ganti rugi kepada pelanggan berikutan orang ramai berdepan pelbagai kesulitan sepanjang gangguan itu.

“Ia wajar… beri pampasan (kepada pelanggan). Pihak berkaitan (perlu) juga beri kemudahan kepada penduduk seperti menyediakan lori-lori tangki di kawasan perumahan,” katanya.

Sekurang-kurangnya empat kali masalah gangguan air tidak berjadual berlaku dalam tempoh seminggu kebelakangan ini terutamanya di kawasan Shah Alam dan Kuala Langat.

Awal September lalu, sebuah kilang disyaki menjadi punca pencemaran bau sehingga menyebabkan empat Loji Rawatan Air (LRA) di Sungai Selangor dihenti tugas.-Awani

 

4 hari lagi- Air Selangor

One thought on “Penat dan bosan! Penduduk Lembah Klang, Selangor sudah lali masalah air ini

  • October 18, 2020 at 19:35
    Permalink

    rakyat Selangor harus terus beri harapan kepada pakatan harapan(dulu sebut ‘pakatan rakyat’] memerintah 5 tahun lagi pada PRU15 akan datang…sejak 2008 sehinggi kini 2020, baru 12 tahun…kata MB Selangor, usia pakatan harapan(dulu sebut ‘pakatan rakyat’) mentadbir negeri Selangor ibarat seorang budak berusia 12 tahun yang belum lagi berfikiran matang…apakah rakyat Selangor mengharapkan budak berusia 12 yang belum lagi berfikiran matang boleh tahu bagaimana nak selesaikan masalah air?

    kalau tanya pada budak di Selangor berusia 12 tahun pun mereka tahu nak jawab kata “sudah tentu tidak atau mana mungkin”

    Reply

Leave a Reply