Mati tertiarap di tingkat satu

Bukit Mertajam: Lelaki warga Myanmar yang dipercayai mengalami tekanan ditemui mati dalam keadaan tertiarap selepas terjun dari Flat Taman Nagasari Perai, di sini, hari ini.

Mayat lelaki berusia 25 tahun itu ditemukan orang awam di tingkat satu bangunan berkenaan pada 11 pagi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang dikerah ke lokasi kejadian bagi menurunkan mayat lelaki itu.

Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan Hospital Seberang Jaya.

“Pemeriksaan pada tubuh badan mangsa mendapati mangsa parah di kepala dan tiada unsur yang disyaki berkaitan dengan perbuatan jenayah.

“Mayat dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat,” katanya kepada NSTP, di sini, hari ini.

Shafee berkata, berdasarkan maklumat daripada rakan sebilik mangsa, lelaki itu bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Prai sejak tujuh bulan lalu.

“Sebelum kejadian, lelaki terbabit baru pulang dari kerja pada 8 pagi.

“Menurut rakannya, lelaki terbabit dipercayai mengalami tekanan di tempat kerja,” katanya.-HM

 

Bekas juruterbang maut terjun tingkat 12

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker