Covid-19: 38 kematian dalam tempoh 10 hari di Sabah

Share

Empat lagi kes kematian virus Covid-19 yang direkodkan hari ini adalah dari Sabah yang menjadikan jumlah kumulatif korban di Malaysia kini mencecah 180 kes atau 0.9 peratus.

Ini merupakan hari kesepuluh berturut-turut kematian akibat Covid-19 dilaporkan di negeri itu dengan jumlah keseluruhan dalam tempoh itu adalah 38 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes kematian ke-177 membabitkan lelaki berusia 78 tahun yang juga menghidap penyakit darah tinggi dan buah pinggang kronik.

Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth.
“Kes kematian ke-178 membabitkan seorang lelaki berusia 88 tahun dan turut menghidap penyakit darah tinggi, kencing manis, dislipidemia dan strok.

“Mangsa juga meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth,” katanya pada sidang media hari ini.

Noor Hisham berkata, kes kematian ke-179 membabitkan wanita berusia 71 tahun serta tidak mempunyai penyakit, dan disahkan meninggal dunia di Hospital Tawau.

“Kes kematian ke-180 pula membabitkan lelaki berusia 53 tahun dan mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital Duchess of Kent,” katanya. MG

Leave a Reply