Zahid dan Hadi bertemu

Share

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengadakan pertemuan dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan semangat ukhuwwah dan mahabbah.

Pertemuan selama dua jam itu didedahkan beserta gambar dalam hantaran di laman Facebook Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki sebentar tadi.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan bila pertemuan itu berlangsung.

“Mengiringi Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengadakan pertemuan dengan Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang.

“Alhamdulillah pertemuan yang berlangsung selama hampir dua jam penuh dengan semangat ukhuwwah dan mahabbah.

“Kedua-dua pimpinan tertinggi ini turut berkongsi citra dan semangat untuk terus memastikan MUAFAKAT UMNO-PAS dipertahan dan diperkasakan.

“Biarlah apa jua tohmahan dan fitnah yang cuba dilontarkan untuk menggagalkannya, yang pasti UMNO-PAS TERUS KEKAL MUAFAKAT!” tulisnya di media sosial miliknya itu.

Asyraf menambah antara kata-kata Abdul Hadi yang begitu membekas di jiwanya apabila Ahli Parlimen itu Marang itu menekankan bahawa UMNO dan Pas adalah tunjang kekuatan orang Melayu dan Islam.

“Kita kena pastikan tunjang ini terus diperkuatkan demi rakyat dan Ummah!” tulisnya lagi. MG

Shafie bertemu Anwar bincang kerusi PM

Leave a Reply