Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Shamsuddin kembali ke rahmatullah

Mantan Mentari dan Setiausaha Pollitik Dr. Mahathir ,Tan Sri Dato Seri Abdul Aziz bin Shamsuddin, telah pulang ke rahmahtullah pada hari Jumaat, 16 Oktober 2020 bersamaan 28 Safar 1442H pada pukul 11.52 malam tadi.

Ianya dimaklumkan oleh anakanda melalui kiriman whatsapp. Solat jenazah akan dilangsungkan di Bukit Damansara selepas solat subuh pada hari Sabtu, 17 Oktober 2020. Namun demikian, dimaklumkan bahawa SOP pihak berkuasa hanya mengizinkan 20 orang sahaja untuk melaksanakan solat jenazah pada waktu PKPB ini.

Jenazah dikhabarkan akan dikebumikan di kampung halaman beliau di Gopeng, Perak.

SemogaAllah mengampuni segala dosanya dan menempatkan rohnya di kalangan yang beriman dan para soleheen, aamiin ya rabbal alaamiin. Al-fatihah

 

Sedikit mengenai Allahyarham:

Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Shamsuddin (lahir 10 Jun 1938) merupakan ahli politik Malaysia. Beliau ialah bekas Menteri Luar Bandar dan Wilayah. Pada Pilihan raya umum Malaysia 2008, beliau telah kalah dalam bertanding untuk kerusi Parlimen Shah Alam.

Beliau memulakan alam persekolahan di Sekolah Melayu Gunung Panjang, Gopeng pada tahun 1946 dan Sekolah Kebangsaan Inggeris Gopeng pada tahun 1950. Selepas menamatkan pendidikan menengah di Sekolah Iskandar Shah, Parit pada tahun 1957, beliau kemudian mengikuti kursus latihan perguruan di Maktab Perguruan Kota Bharu pada tahun 1958. Beliau kemudian melanjutkan pengajian dalam bidang Sejarah Perhubungan Antarabangsa dari Universiti Malaya.

Dato’ Seri Abdul Aziz mempunyai pengalaman berkhidmat selama sepuluh tahun sebagai guru sekolah iaitu dari tahun 1961 sehingga 1971. Beliau seterusnya dilantik sebagai Pegawai Khas kepada Menteri Pelajaran pada tahun 1975 dan berkhidmat di bawah Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Dato’ Musa Hitam. Pada tahun 1979, Dato’ Seri Abdul Aziz berpindah ke Kementerian Belia dan Sukan setelah dilantik sebagai Pengarah Penyelidikan Belia di kementerian berkenaan. Beliau pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Malaysia keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad bermula dari tahun 1981 hingga tahun 1999.

Dato’ Seri Abdul Aziz mula berkecimpung dalam arena politik setelah beliau menyertai UMNO di Cawangan Pelabuhan Kelang pada tahun 1969. Pada tahun 1980, Dato’ Seri Abdul Aziz telah dipilih sebagai Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Tambun iaitu pada tahun yang sama beliau dipilih sebagai Naib Pengerusi UMNO Cawangan Gunung Mesah. Beliau yang pernah dilantik sebagai Senator dan Timbalan Menteri Pendidikan dari tahun 1999 hingga 2004 kini memegang jawatan sebagai ketua UMNO Bahagian Gopeng. Selain itu, beliau juga adalah Timbalan Pengerusi badan Perhubungan UMNO Perak serta Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia.

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker