Nyawa Industri Sukan, KBS rayu MKN

Share

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mengemukakan rayuan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) supaya aktiviti berkaitan industri sukan dikategorikan di bawah sektor ekonomi dibenarkan kembali beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menurut Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, beliau sudah pun membangkitkan perkara tersebut ke peringkat tertinggi termasuk menulis surat kepada Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau memberitahu, PKPB yang berkuat kuasa di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor mulai 14 Oktober lalu, hanya membenarkan aktiviti sukan dan rekreasi yang bersifat individu, tiada sentuhan fizikal, aktiviti terhad di tempat terbuka dan tidak melebihi 10 orang di tempat yang sama.

“Ini secara tidak langsung melarang pembukaan fasiliti sukan dan rekreasi tertutup (indoor) seperti padang bola sepak komersial, dewan badminton, gelanggang futsal dan gimnasium, dalam tempoh pelaksanaan PKPB ini.

MKN syor perketat PKP: Banyak lagi tutup, had waktu operasi

PKPB

“Pada dasarnya, operasi fasiliti sukan adalah sebahagian daripada penjanaan ekonomi industri sukan negara,” kata Reezal Merican dalam satu kenyataan media semalam.

Beliau berkata, industri itu kurang diberi perhatian berbanding dengan aktiviti ekonomi lain yang sudah diberikan kebenaran untuk beroperasi di bawah sektor ekonomi sepanjang tempoh PKPB walaupun ia memberi sumbangan signifikan kepada ekonomi negara.

“Saya sudah bercakap dengan Menteri Kanan Pertahanan supaya MKN dapat memberikan pertimbangan supaya aktiviti berkaitan industri sukan dikategorikan di bawah sektor ekonomi dan membenarkan operasi fasiliti sukan dan rekreasi indoor (padang bola sepak komersial, dewan badminton, gelanggang futsal dan gimnasium) mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

“Saya berharap MKN dapat memberi pertimbangan sewajarnya yang membolehkan aktiviti ekonomi dalam industri sukan pulih secara beransur-ansur,” ujar beliau lagi.

Bantuan Prihatin Nasional 2.0 dibayar 26 Oktober ini

Leave a Reply