Mengadap Istana Kali Kedua: Anwar sedia persembah nama Ahli Parlimen pada masa sesuai

KUALA LUMPUR, 28 Safar 1442H, Jumaat – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan mempersembahkan semua nama 121 Ahli Parlimen yang menyokongnya berserta surat pengesahan daripada setiap presiden parti kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pada masa yang sesuai.

Beliau menegaskan, bukan kuasa polis, ahli politik atau Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin untuk memaksa dirinya mendedahkan nama-nama Ahli Parlimen yang menyokongnya itu.

Ketidaktentuan politik takkan berakhir dengan Anwar jadi PM, kata Mahathir

“Terserah kepada diri saya selaku presiden parti dan ia adalah keputusan saya untuk mempersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, bukan keputusan polis, ahli politik atau Menteri Dalam Negeri,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan bahawa Anwar masuk ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sekitar jam 3 petang sebelum keluar semula kira-kira jam 5.10 petang.

Anwar menegaskan bahawa beliau dipanggil ke Bukit Aman kerana ‘desakan politik’.

Kalau tak minta maaf, cari di Padang Mahsyar, kata Najib kepada Mahathir

“Ini jelas merupakan gangguan politik, dan ada arahan politik yang diberikan kepada polis. Cara pertanyaan dan permasalahan itu semata-mata berkisar tentang Ahli Parlimen, siapa mereka dan nama mereka. Ini sama sekali bukan urusan orang lain untuk diketahui.

“Tidak masuk akal untuk mempertanyakan apa yang dibahas secara terperinci antara saya dan Agong,” katanya, sambil memaklumkan beliau memberi kerjasama penuh kepada Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) untuk membantu siasatan.

Katanya, sebanyak enam laporan polis dibuat terhadapnya berhubung dakwaan beliau memperoleh 121 sokongan Ahli Parlimen dari UMNO, Armada BERSATU dan orang perseorangan sebelum ini.

“Memang saya memberi kerjasama penuh namun saya sudah nyatakan kepada pihak polis bahawa saya selaku presiden sudah menerima surat pengesahan daripada presiden parti lain yang menyokong saya,” katanya.

Antara saya dengan Agong, Anwar kata orang lain tak perlu tahu perincian [ VIDEO ]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker