Ketua kampung ditahan minum air ketum

KULAI – Seorang ketua kampung dan empat lelaki ditahan sedang minum air ketum dalam dua serbuan berasingan di Jalan Klinik, Felda Bukit Batu, Air Bemban di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, ketua kampung berkenaan bersama tiga lelaki tempatan dan seorang lelaki warganegara Myanmar itu ditahan pada jam 10.30 malam.

“Ketua kampung berusia 52 tahun itu ditahan bersama-sama tiga yang lain ketika sedang minum air ketum dalam sebuah pondok wakaf, manakala warga asing ditahan di sebuah rumah. Suspek yang ditahan itu berusia antara 25 hingga 52 tahun.

Polis bongkar kegiatan petani raih RM60,000 sebulan menjual ketum

“Hasil pemeriksaan ke atas semua suspek, polis merampas satu botol minuman berkarbonat dengan kandungan 1.5 liter disyaki diisi dengan air ketum.

“Turut dirampas ialah sembilan peket lut sinar disyaki air ketum dengan setiap peket mengandungi 1.0 liter,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, suspek dan semua barang yang dirampas dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai untuk siasatan lanjut.

Menurutnya, kesemua mereka dibawa ke Mahkamah Majistret Pontian dan mendapat perintah reman selama tiga hari bermula hari ini.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952, jika sabit kesalahan boleh penjara empat tahun atau didenda RM10,000,” katanya.

Pemandu mabuk: 20 tahun penjara, denda RM150,000 [Video]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker