COVID-19: WHO beri amaran peningkatan kes di Eropah

PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran berhubung peningkatan kes COVID-19 di Eropah.

Jangkitan meningkat tiga kali ganda daripada yang dilaporkan pada minggu pertama Mac.

Badan dunia itu menegaskan, perkembangan itu mungkin akan menyebabkan sistem kesihatan di benua berkenaan tidak dapat lagi menampung jumlah pesakit.

Ketua teknikal COVID-19 WHO, Dr Maria Van Kerkhove menyatakan rasa bimbang kerana sistem kesihatan Eropah lumpuh dengan jangkaan musim selesema tidak lama lagi.



“Ia bukan semata-mata mengenai peningkatan kes yang berlaku. Ia juga mengenai peningkatan kes kemasukan di hospital dan mereka yang dirawat di unit rawatan rapi.

“Kapasiti mereka akan mencapai kemuncak dalam tempoh beberapa minggu lagi, dengan musim selesema tidak lama lagi,” jelasnya.

Kata beliau, negara-negara di Eropah perlu melaksanakan langkah ketat untuk menghentikan penularan COVID-19.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Program Kecemasan WHO, Dr Mike Ryan berpendapat, setiap negara perlu melaksanakan pendekatan berbeza mengikut kesesuaian di negara masing-masing.

“Setiap negara mempunyai pendekatan berbeza, setiap negara perlu menentukan apakah penjarakan sosial yang boleh dilaksanakan dalam konteks hubungan.



“Sweden contohnya mahu mengekang virus dan mereka mempunyai pendekatan berbeza. WHO tekankan sebelum ini pemakaian pelitup muka adalah penting untuk menghentikan penularan virus ini, khususnya ketika anda mencatat penularan kalangan komuniti yang meluas,” katanya.-Awani

 

Covid-19 : Vaksin sempurna mungkin tidak akan ditemukan – WHO



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker