COVID-19: The Curve Jadi Pusat Beli-Belah Terbaru Catat Kes Positif COVID-19

Share

Pusat membeli-belah The Curve yang terletak di Damansara menjadi lokasi tumpuan ramai terbaru yang mencatatkan kes positif COVID-19.

Perkara itu dimaklumkan pihak pengurusan melalui satu hantaran yang dibuat di akaun media sosial mereka pada semalam.

“Perkara itu dimaklumkan kepada pihak pengurusan The Curve selepas beliau menerima keputusan ujian saringan pada hari ini, 16 Oktober,” jelas mereka.

Susulan daripada perkembangan itu, para pekerja Foot Solution jelas mereka telah disaring dan keputusan ujian kesemua mereka kembali negatif.

Mereka bagaimanapun perlu menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari dan hanya akan dibenarkan kembali bekerja selepas diuji negatif sekali lagi dan selepas mendapat kebenaran pihak pengurusan The Curve.

Pusat membeli belah tersebut bagaimanapun menjelaskan akan meneruskan operasi mereka pada hari ini, Sabtu selepas melakukan proses sanitasi dan pembersihan pada jam 10 semalam.

Sebelum ini, pusat membeli belah terkenal 1 Utama juga turut dikesan mempunyai kes positif dalam kalangan pekerja dan pengunjung mereka – TheVocket.com

 

COVID-19 : Kes makin meningkat dalam masa 10 hari je 5 pusat beli belah di Lembah Klang disahkan ada kes positif COVID-19

Leave a Reply