Covid-19 : 869 kes baru dengan 4 kematian

Malaysia mencatatkan 869 kes baru Covid-19 yang kesemuanya merupakan penularan tempatan.

Jumlah ini merupakan yang tertinggi pernah dicatatkan di Malaysia sejak wabak ini melanda negara.

Daripada jumlah itu 745 kes melibatkan warganegara malaysia.

Sabah terus menyumbang kes harian tertinggi dengan terbaru 451 kes, iaitu 51.9 peratus daripada keseluruhan kes baru dalam tempoh 24 jam di seluruh negara.

Ini menjadikan jumlah kes aktif ketika ini 6,886 kes.

Kesemua mereka sudah diasingkan dan sedang menerima rawatan.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media di Putrajaya hari ini turut memaklumkan bahawa lima kluster baru dikesan.

Terkini: 17 Okt. Sebanyak 869 kes baharu #COVID19 dan semuanya kes tempatan.

90% kes dari kawasan PKPD, PKPB dan penjara.

302 pesakit sembuh, 5 kluster baharu, 4 lagi kematian.

Pecahan kes antaranya Sabah (451), PP (189), Selangor (159), Kedah (38), KL (15).

Status Terkini COVID-19 Di Malaysia,
17 Okt 2020

Kes sembuh=302
Jumlah kes sembuh=12,561 kes
Kes baharu positif=869
(kes import=0, kes tempatan=869)
Jumlah positif=19,627 kes
Kes kematian=4
Jumlah kes kematian=180 kes
Kes dirawat di ICU= 91 kes
Bantuan Alat Pernafasan= 30

441 kes positif mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah termasuk 4 kes baharu ini bagi tempoh 20 Sept – 17 Okt 2020.

PECAHAN KES BAHARU (869)

SABAH-451
234 saringan kontak rapat
54 dari kluster-kluster sedia ada
2 kluster Teduh (baharu)
161 lain-lain saringan

P.PINANG-189
186 dari kluster-kluster sedia ada
3 saringan kontak rapat

SELANGOR-159
89 dari kluster-kluster sedia ada
23 kluster Keladi (baharu)
23 saringan kontak rapat
8 kluster Menara (baharu)
2 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
14 lain-lain saringan

KEDAH-38
37 kluster Tembok
1 kluster Bah Lunas

KL-15
7 saringan kontak rapat
4 kluster Sentral (baharu)
3 kluster Menara (baharu)
1 saringan bergejala

SARAWAK-4
4 kluster Bah Arnab

PERAK-4
2 dari kluster-kluster sedia ada
1 kluster Menara (baharu)
1 saringan Depoh Tahanan Imigresen

TERENGGANU-3
3 kluster Bah Bemban

JOHOR-2
1 kluster Buntar
1 saringan kontak rapat

PUTRAJAYA-2
1 kluster Menara (baharu)
1 kluster Buntar

N.SEMBILAN-1
1 saringan kontak rapat

MELAKA-1
1 saringan kontak rapat

Berita lanjut menyusul

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker