Akibat kes rogol, kontrak Robinho ditamatkan

Sao Paulo: Santos dan penyerang veteran, Robinho bersetuju untuk berpisah selepas kelab bola sepak Brazil itu menerima tekanan berhubung kesalahan merogol seorang wanita di Itali pada 2013 yang dilakukan pemain itu ketika beraksi bersama Milan.

Pernah dilabel sebagai pemain berstatus bintang, Robson de Souza atau lebih dikenali sebagai Robinho, hanya beberapa hari lalu menandatangani kontrak selama 36 bulan bersama Santos, kelab yang diwakilinya sebelum berhijrah ke Real Madrid, Manchester dan Milan.

“Kelab Bolasepak Santos dan Robinho mengumumkan berdasarkan persetujuan bersama, kelab memutuskan untuk menamatkan kontraknya yang ditandatangani pada 10 Oktober.



“Dengan berat hati saya ingin memberitahu anda bahawa saya sudah mengambil keputusan bersama bersama presiden untuk menamatkan kontrak dalam tempoh sukar ini,” kata Robinho, 36.

“Matlamat saya adalah untuk membantu Santos. Sekiranya kehadiran saya mencetuskan gangguan, adalah lebih baik saya tinggalkan kelab dan menguruskan hal peribadi saya,” katanya.

Sejak berita Robinho menyertai Santos, kelab berdepan tekanan daripada penyokong, media dan kumpulan hak asasi wanita yang mendesak untuk menamatkan kontraknya berikutan hukuman penjara sembilan tahun yang dikenakan ke atasnya oleh mahkamah Itali pada 2017 kerana melakukan kesalahan merogol.

Robinho yang pernah dilabel sebagai pengganti seorang lagi legenda Santos, Pele, mengemukakan rayuan atas pertuduhan itu dengan mendakwa dia tidak bersalah.

Bagaimanapun pihak penaja kelab mendesak untuk menarik tajaan jika Robinho kekal beraksi di Santos.



Robinho memulakan karier pada 2002 dan menyertai Real Madrid pada 2005 sebelum beraksi bersama Manchester City dan Milan-HM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker