Umno tak puas hati pembahagian jawatan Kabinet

Kuala Lumpur: Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menafikan wujud perebutan kuasa sehingga menimbulkan masalah dalaman kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Beliau berkata, masalah dalaman PN hari ini berlaku disebabkan pembahagian kerusi Kabinet yang tidak memihak kepada parti Umno.

“Umno mempunyai jumlah kerusi Parlimen yang besar tetapi jawatan menteri yang diberikan kepada kami tidak seimbang. Umno, Bersatu dan Pas bersama dalam satu kerajaan dan masing-masing menyumbang kepada penubuhan kerajaan.

“Seharusnya, setiap parti diberikan peranan sewajarnya untuk memberi khidmat kepada rakyat.

Macam geng Azmin (Menteri Kanan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali), mereka hanya bawa sembilan kerusi saja (dalam PN) tetapi setiap seorang diberi kedudukan, sedangkan Umno lebih 30 kerusi,” katanya dalam sidang media, selepas melakukan tinjauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) penumpang di dalam tren dari MRT Pusat Bandar Damansara ke Stesen LRT Masjid Jamek, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai senario perebutan kuasa yang dibangkitkan segelintir pihak, Tajuddin berkata, ia adalah tanggapan yang tidak benar.

“Tidak betul, wrong perception kerana setiap daripada kami tidak pernah mengabaikan rakyat.

“Pemimpin kerajaan sentiasa bekerjasama dan memberi perhatian serius kepada rakyat terutamanya membabitkan peruntukan kewangan kepada rakyat.

“Sehingga hari ini, saya tidak nampak rungutan daripada orang awam mengenai pengendalian kerajaan dalam masalah Covid-19 kerana keprihatinan pemimpin politik dalam perkara ini tidak boleh dipertikai sama sekali,” katanya.

Dalam pada itu, Tajuddin berkata, rakyat tidak sepatutnya menuding jari hanya kepada pemimpin politik saja dalam isu ekonomi.

“Masalah ekonomi tidak dapat dielakkan apabila orang awam tidak dapat keluar bekerja. Malah, pelabur-pelabur juga tidak dapat melabur kerana kejatuhan ekonomi.

“Masalah ini tidak boleh disalahkan kepada kerajaan, pembangkang mahupun pemimpin. It’s something beyond our control. Ini adalah bencana,” katanya.-HM

 

Perpaduan tak wujud kalau Melayu sendiri tak bersatu – Musa Hassan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker