Tutup Malaysia Airlines macam tutup kedai kopi, apa motif Khazanah?

KESATUAN Kebangsaan NUFAM menyelar pelan pengstrukturan dan penutupan syarikat penerbangan MAB oleh Khazanah Nasional dan menyifatkan ia adalah satu tindakan tidak bertanggung jawab.

Matlamat sebenar mereka adalah untuk melarikan diri dari tanggungjawab dan hutang terhadap ramai pihak.

Ini adalah kebenaran setelah MAS dulu ditutup, mereka melarikan diri dari tanggungjawab untuk membayar hutang berbilion ringgit.

Khazanah Nasional hari ini sekali lagi menyatakan hasrat untuk menutup syarikat MAB dan mengambil syarikat Firefly sebagai syarikat nasional baru. Ini adalah kenyataan yang tidak menyenangkan ramai pihak dan susah hendak percaya.

Buka tutup syarikat penerbangan nasional macam kedai kopi – apa sebenarnya matlamat dan motif Khazanah Nasional?

Kerugian MAB hari ini juga berpunca dari pihak mereka dan masalah sistem pengurusan dalaman yang masih teruk.

Sudah nampak jelas pelan Khazanah Nasional hari ini sudah tidak masuk akal untuk menukarkan Firefly kepada status antarabangsa.

Firefly adalah syarikat tambang murah yang pada mulanya dibentuk pada awalnya untuk bersaing dengan syarikat tambang murah Air Asia dan pelan ini juga datangnya dari pihak Khazanah Nasional sendiri dulu.

Sebenarnya, Firefly bukanlah berstatus syarikat besar seperti Air Asia, jadi macam mana pula nak jadikan Firefly satu ikon antarabangsa?

Inilah Khazanah Nasional sebenarnya bila ramai pihak termasuk NUFAM sudah berulang kali berkata mereka tidak mampu menguruskan MAS jika adanya pihak mereka ini masih mempunyai kepentingan diri.

Mereka hanya mahu menghancurkan syarikat nasional yang ditubuhkan oleh orang yang berjiwa MAS.

Dari dulu itulah misi sebenarnya yang mana ramai pihak mereka di Khazanah Nasional mempunyai kepentingan sendiri dan matlamat mereka bukan untuk membantu atau menyelamat beribu pekerja di MAS.

Syarikat MAS sebenarnya dulu ditubuhkan untuk memberi pekerjaan kepada beribu warga Malaysia termasuk orang orang Melayu, Cina, India dan yang berbangsa lain tetapi malangnya, MAS hanya dipergunakan sebagai satu syarikat untuk mendapatkan keuntungan melalui kontrak yang menjanakan keuntungan berbilion ringgit.

Mustahil MAS tidak ada duit kerana syarikat ini berpotensi tinggi untuk mendapat keuntungan lebih kerana tiket mereka lebih tinggi dari SIA dan syarikat penerbangan lain.

Dengan adanya campurtangan dari sesetengah pihak untuk buat keuntungan tinggi, MAS masih mampu beroperasi dengan baiknya. Selepas MAS ditutuo dan bertukar kepada MAB sepatutnya ada lebih keuntungan.

Kerajaan juga yang membantu MAB dengan suntikan berbilion ringgit selepas 2015, takan dalam tempoh 5 tahun , berbilion ringgit dah habis dan nak tutup kedai pula?

Mana tanggungjawab kerajaan hari ini terhadap beribu mereka yang selamanya ini percaya dengan pelan pengstrukturan pada tahun 2015?

Pendapat kami ialah MAB telah ditubuhkan bagi menjana keuntungan bernilai berbilion dengan jangka masa pendek atau “short term” untuk sesetengah pihak dan lepas itu, syarikat tutup semula.

Dulu bila MAS nak tutup, ramai pekerja yang majoriti berbangsa Melayu merana dan hilang pendapatan mereka.

Ramai parti politik Melayu ketika itu telah bersuara tapi alhirnya mereka sendiri mengalah kerana mereka diberikan jaminan dan ramai percaya kepada pelan pengstrukturan Khazanah Nasional ketika itu.Hasilnya hari ini, apa sudah jadi?

Hari ini dengan adanya kata putus dari pihak Khazanah Nasional, lebih ramai orang Melayu juga akan merana dan seksa dibawah sistem pengurusan yang sungguh lemah dibawah kerajaan Perikatan Nasional.

Tak habis habis lagi ker kerajaan mahu menghancurkan hidup beribu pekerja ini semua?

Kerajaan sepatutnya bersuara dan ambil sikap lebih tanggung jawab tapi malangnya,mereka berdiam diri.

Bila kesatuan pekerja merayu kepada pihak Perdana Menteri, tiada sebarang kenyataan atau jawapan oleh pejabat Perdana Menteri sehingga hari ini.

Dari dulu juga NUFAM sudah nyatakan bahawa kerajaan telah silap dengan membawa masuk orang orang yang tidak cekap untuk menguruskan MAB dan mereka hanya asyik merugikan duit untuk membayar pakar pakar ini semua.

Masa depan 12,000 pekerja ini pula sekali lagi nampak semakin malap dan harapan untuk beribu mereka untuk terus bekerja di MAS semakin tipis hari ini.

Sudahlah pekerjaan hari ini susah nak dapat, ramai pekerja ini semua hendak hidup macam mana?

Kata kerajaan ada bantuan dana Prihatin dan Penjana tapi ramai pekerja pula mengeluh mereka tidak dapat dapat bantuan tersebut.

Hari ini beribu pekerja MAB akan berdepan dengan keadaan yang tidak menentu kerana ekonomi masih tidak stabil dan tidak menentu dan dengan adanya keputusan untuk menutup syarikat MAB, maka ramai pekerja ini akan hidup susah.

Pelan MRP Khazanah Nasional dulu pula telah menelan pembelanjaan sebanyak RM6 bilion untuk pengstrukturan MAS, hari ini berapa bilion pula hendak digunakan untuk pelan MAB? Pihak mana pula akan menjanakan wang begitu banyak untuk pelan pemulihan MAB ini?

Dulu mereka membuat keputusan secara terburu buru untuk membuang 6 ribu pekerja kerana alasan adalah MAS mempunyai terlampau ramai pekerja dan kesatuan juga menjadi punca MAS telah rugi.

Ini semua hanya adalah alasan sebenar.Hari ini, kesatuan wakil pekerja Kru Kabin hanya tinggal NUFAM dan beribu pekerja pula telah dikurangkan, pihak mana pula mereka hendak tuduh atas kerugian MAB?

Khazanah Nasional dulu telah janji macam macam dan ramai pihak terbeli dengan janji janji manis mereka.

Dalam hanya tempoh 4 tahun sebelum Covid19, MAB tidak bertahan dan masih tetap rugi.

Dengan adanya pandemik Covid 19 hari ini, ia hanya adalah satu alasan yang terbaik untuk menutup kelemahan sistem pengurusan MAB dan Khazanah Nasional. Itulah sebenarnya kami nampak.

Dengan pelan Khazanah Nasional untuk menjadikan Firefly sebagai syarikat Nasional menunjukan bertambah teruk idea mereka.

Khazanah: Firefly May Become Our New National Airline If Malaysia Airlines

Soalannya, berapa ribu pekerja dari MAB pula yang boleh diserapkan ke dalam Firefly? 100, 200? Yang lain macam mana pula?

Sebenarnya ia adalah satu motif pengurusan Khazanah Nasional dan MAB untuk menutup kelemahan mereka.

Pada mulanya mereka kata hendak menyelamatkan syarikat MAB dan pekerja tidak akan terjejas tetapi nampaknya jelas hari ini, mereka macam mahu menutup terus dan buang lebih ramai pekerja.

Maaf kalau NUFAM berkata bahawa pengurusan mereka semua ini sememangnya sikap ego dan bodoh dan hanya bermotif jahat. Matlamat adalah untuk lari dari tanggungjawab mereka terhadap beribu orang.

Apa sebenarnya pelan mereka hari ini tidak akan meyakinkan ramai pihak termasuk kesatuan NUFAM, biarpun dari pihak luar atau dalam negara.Semua pihak telah hilang kepercayaan mereka terhadap Khazanah Nasional dan pengurusan MAB.

Ramai pihak masih menunggu kenyataan rasmi dari Perdana Menteri mengenai isu penutupan MAB jika pelan ini betul.

Ramai pihak berpendapat kerajaan hari ini seolah olahnya mahu cuci tangan dan lepas tanggung jawab mereka untuk menjaga kebajikan beribu warga pekerja di dalam syarikat nasional ini.

Harapan mereka semua putus apabila mendengar kenyataan yang telah dibuat oleh pengurus Khazanah Nasional hari ini.

Kenyataan untuk menjadikan Firefly sebagai syarikat nasional juga nampak tidak bijak dan tidak meyakinkan ramai pihak.

Apa yang lebih teruk lagi ialah nama syarikat Firefly tidak akan memberikan gambaran positif sebagai satu syarikat antarabangsa buat negara Malaysia.

Semua ini hanya adalah satu angan angan dan impian kosong oleh pihak Khazanah Nasional sendiri.

Sekretariat NUFAM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker