Salah jadi ‘super hero’

London: Mohamed Salah kebiasaannya menjadi wira di atas padang untuk Liverpool tetapi kini dia juga memegang ‘karakter’ sama di luar padang.

Bintang Liverpool itu memuat naik gambar dirinya memakai kostum watak wira Incredibles sempena meraikan ulang tahun kelahiran anak perempuannya, Makka.

Salah serta Makka memakai kostum yang sama sepanjang acara ulang tahun itu.

Pemain berusia 28 tahun itu kemudian menulis di Instagram miliknya: “Selamat hari lahir puteri saya! #IncredibleFather.”

Selepas Mesir tidak terbabit dengan sebarang perlawanan ketika tempoh rehat aksi antarabangsa, Salah berpeluang untuk meneruskan sesi latihan bersama Liverpool.

Khidmat Salah pastinya diperlukan apabila skuad bimbingan Jurgen Klopp kembali beraksi bertemu pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Everton di tempat lawan esok.

Liverpool juga pasti bersemangat mahu melakukan kebangkitan selepas dimalukan 2-7 oleh Aston Villa pada perlawanan terakhir juara bertahan EPL itu.

Kemudian pada minggu depan Liverpool akan beraksi di saingan Liga Juara-Juara bertemu Ajax di tempat lawan-HM

 

Liverpool juara bergaya!

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker