Projek KVDT2 diteruskan dengan tender baru, kata Wee

Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong berkata, projek Landasan Berkembar Lembah Klang Fasa 2 (KVDT2) tetap diteruskan, tetapi tendernya akan dibuka semula.

Kenyataannya menyusul satu rakaman video dalam talian yang mendakwa pembatalan projek bernilai RM4.475 bilion itu akan menyebabkan kehilangan besar dari segi pekerjaan.

Wee berkata, kerajaan juga perlu menghormati proses perundangan berkaitan ketika ini memandangkan isu itu sudah dibawa ke mahkamah oleh Dhaya Maju Infrastructure (Asia) Sdn Bhd (DMIA) dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

“Mengenai pelaksanaannya, Kabinet bersetuju langkah terbaik adalah membuka semula tender projek tersebut.

Wee Ka Siong.
“Ini demi memastikan ketelusan penggunaan dana awam dan seterusnya memperoleh nilai terbaik bagi rakyat dan ekonomi negara.

“Oleh itu, adalah diharapkan tidak timbul lagi sebarang spekulasi yang berupaya mempengaruhi proses perundangan terbabit,” kata Wee dalam kenyataan hari ini.

Projek KVDT2 itu dimajukan Dhaya Maju LTAT Sdn Bhd – sebuah syarikat usaha sama 80:20 antara DMIA dan LTAT. Bernama

Subjudis : MoT enggan ulas kes pekerja KVDT2 hilang pekerjaan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker