MBO Cinemas tutup operasi?

Rangkaian pawagam ke-3 terbesar di Malaysia, MBO Cinemas, berdepan pelupusan secara sukarela susulan isu aliran tunai akibat perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sejak Mac lalu bagi mengekang penularan Covid-19, lapor The Edge.

PKP berkuat kuasa pada 18 Mac lalu disusuli beberapa kawalan pergerakan yang berlarutan hingga hujung tahun, dengan kebanyakan negeri tertakluk bawah perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP). Beberapa negeri mengenakan semula perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) berikutan peningkatan mendadak kes Covid-19.

“Kami memaklumkan anda pada 14 Okt 2020, lembaga pengarah MCAT Box Office Sdn Bhd meluluskan resolusi untuk meletakkan syarikat berkenaan bawah pelan pelupusan secara sukarela pemiutang dan melantik Lim San Pean daripada PricewaterhouseCoopers Advisory Services Sdn Bhd sebagai pelikuidasi sementara,” akhbar kewangan itu melaporkan.

Notis itu juga meminta diadakan mesyuarat antara pemiutang dan pelikuidasi sementara untuk membincangkan proses pelupusan.

Pelupusan bererti aset sesebuah syarikat dijual untuk membayar balik pemiutang sebelum ditutup.

Menurut The Edge, setakat 31 Dis 2018, jumlah aset MBO Cinema bernilai RM197.76 juta manakala liabilitinya berjumlah RM111.31 juta.

MBO mempunyai 27 pawagam di seluruh negara, hanya 4 dibuka setakat 12 Oktober. FMT

Pawagam ‘Patuh Syariah’ Pertama Di Terengganu.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker