Jangan heret negara ke arah ketidaktentuan – Agong

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihati rakyat, khususnya ahli politik, agar bermuhasabah supaya negara tidak diheret ke kancah politik yang tidak menentu.

Dalam satu kenyataan, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin berkata Baginda menjelaskan negara masih berhadapan dengan pelbagai masalah dan masa depan sukar akibat ancaman wabak COVID-19.

“Al-Sultan Abdullah turut mengulangi titah nasihat Baginda kepada ahli-ahli Parlimen semasa Istiadat Perasmian Pembukaan Penggal Ketiga Parlimen ke-14 Mei lalu.

“Baginda menuntut kematangan dalam berpolitik dan memahami serta menjiwai keluh kesah rakyat dan tidak mengabaikan kesejahteraan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.



Suhu politik tanah air negara kembali panas susulan sidang media pada 23 September lepas oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen untuk membentuk sebuah kerajaan baharu.

Susulan itu, Ketua Pembangkang itu telah menghadap Yang di-Pertuan Agong pada Isnin lepas bagi menjelaskan kenyataan tersebut.

Bagaimanapun Istana Negara mengeluarkan kenyataan bahawa Anwar sekadar mengemukakan jumlah ahli Dewan Rakyat yang didakwa memberi sokongan kepada beliau tanpa mengemukakan senarai nama bagi mengukuhkan dakwaan itu.

Susulan tindakan itu, Yang di-Pertuan Agong menasihati Anwar agar akur dan menghormati proses perundangan seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.-Awani



 

Kenyataan bercanggah dengan Istana, Anwar hentikanlah sandiwara



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker