Empat lagi Ahli Parlimen hantar surat mohon usul undi tak percaya

Share

SHAH ALAM – Empat lagi ahli Parlimen termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad menghantar surat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi mengemukakan Usul Undi Tidak Percaya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk sesi sidang Parlimen akan datang.

Selain Dr Mahathir, tiga Ahli Parlimen lagi ialah Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Amiruddin Hamzah dan Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik.


Kesemua mereka menghantar surat bertarikh semalam iaitu 15 Oktober 2020 kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun bagi meminta izin Majlis untuk membawa satu usul dan megemukakan resolusi untuk membuat ketetapan bahawa Muhyiddin selaku Ahli Parlimen Pagoh tidak mempunyai keyakinan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat di bawah Peraturan Mesyuarat 26(1) dibaca bersama Peraturan Mesyuarat 27(3) Dalam Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat.-SH

Leave a Reply