COVID-19: RM3 bilion untuk sediakan vaksin percuma

Share

KUALA LUMPUR: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menganggarkan kerajaan perlu memperuntukkan sekurang-kurangnya RM3 biilion pada tahun depan bagi membolehkan rakyat Malaysia mendapat akses bagi vaksin COVID-19 secara percuma.

Menteri, Khairy Jamaluddin, berkata jumlah itu dianggarkan mampu untuk menampung keperluan vaksin COVID-19 bagi 70 peratus daripada keseluruhan penduduk di negara ini.

 

Menteri Sains, Teknologi & Inovasi, Khairy Jamaluddin. - Foto fail NSTP/Mohd Fadli Hamzah
Menteri Sains, Teknologi & Inovasi, Khairy Jamaluddin. – Foto fail NSTP/Mohd Fadli Hamzah

“Semalam, perbincangan awal dengan Kementerian Kewangan telah dibuat, bagaimanapun kami belum membuat sebarang keputusan.

“RM3 bilion yang diperlukan ini hanya anggaran memandangkan kita belum mengenal pasti harga sebenar vaksin ini, selain perkara lain yang perlu dipertimbangkan adalah rantaian bagi perolehan ini termasuk logistik dan proses pengagihan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam slot The Breakfast Grille, secara langsung di stesen radio BFM, hari ini.-BH

COVID-19: Bukan semua boleh selesai dengan vaksin – Pakar

Leave a Reply