Belum Apa-Apa Sudah 1.2 Juta Tontonan? Teaser & Trailer Mael Totey Buat Peminat Tak Senang Duduk! [ VIDEO ]

 Belum Apa-Apa Sudah 1.2 Juta Tontonan? Teaser & Trailer Mael Totey Buat Peminat Tak Senang Duduk!

Bermula dengan menerbitkan video pendek secara spontan di YouTube, siapa sangka pengarah muda, Syahmi Sazli, 25, kini bakal tampil dengan sebuah karya filem berjudul Mael Totey.

Masih menampilkan Yoe dan Asif sebagai pelakon, kali ini peminat akan melihat sendiri Syahmi memegang watak utama iaitu Mael.Malah, sejak semalam, filem Mael Totey telah banyak diperkatakan di media sosial apabila video trailer sudah mula dimuat naik di YouTube.Sehingga artikel ini ditulis, trailer rasmi yang dimuat naik di akaun YouTube Syahmi Sazli telah pun ditonton sebanyak 192,000 kali dan berada di kedudukan ke-14 video paling trending.

Namun, apa yang paling mengagumkan adalah video teaser berdurasi 30 saat dimuat naik di Facebook Syahmi Sazi Production telah mencecah tontonan 1.2 juta! Hebat bukan?

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=_UWy9XFCz68[/embedyt]

Rata-rata peminat dilihat teruja dengan sedutan babak filem berkenaan dan kebanyakannya tidak sabar menantikan tarikh tayangan Mael Totey.

Untuk makluman, filem Mael Totey mengisahkan seorang pemuda lurus bendul, Mael yang berusaha pelajari Bahasa Inggeris demi memenuhi syarat gadis idamanya, Yaya.

Tetapi Mael bertemu cinta sejatinya bersama ‘teacher’ sendiri.

Konflik antara Mael, Teacher, dan Yaya diselesaikan oleh 4 budak istimewa (Asif, Yoe, Yatin & Bedul.)

Jangan lupa saksikan Mael Totey di pawagam rumah anda, Astro First saluran 480, 22 Oktober ini!

Sementara itu..

Syahmi Sazli sedia dikritik

Kuala Lumpur: “Nak kritik tiada masalah, tapi yang jadi masalahnya mereka selalu kritik dengan bahasa yang kesat,” kata YouTuber popular dan pelakon Syahmi Sazli mengenai kemungkinan filem pertamanya berjudul Mael Totey The Movie bakal menerima kecaman hebat.Syahmi, 25, atau namanya Muhd Syahmi Sazli yang juga pengarah filem itu berkata, secara jujurnya  dia sudah bersedia untuk menerima kecaman terhadap filem sulungnya yang akan ditayangkan menerusi Astro First bermula 22 Oktober ini.

“Sebelum buat skrip pun saya dah tahu orang akan kritik filem ini kerana ceritanya dibuat tanpa ikut standard piawaian sebenar sesebuah filem. Pelakon saya golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) dan waktu berlakon ada yang tak tengok kamera, tak ikut skrip dan tak ingat nama watak.
Sudah pasti ia mengundang kritikan dalam kalangan golongan profesional. Maknanya sebelum penggambaran  saya dah sedia dikritik kerana menyajikan benda yang orang tak pernah tengok,” katanya kepada Harian Metro.

Syahmi yang menghasilkan drama pendek membabitkan golongan ini sehingga menjadi fenomena di YouTube berharap mendapat kritikan yang membina untuk kebaikan kariernya yang baru bermula.

“Tiada masalah kritikan untuk saya baiki kualiti filem dan itu saya terima. Sekurang-kurangnya saya tahu apa kelemahan yang boleh saya baiki. Tapi yang ini (pengkritik filem Youtuber) jenis suka keluarkan kata-kata kesat dan itu yang bahayanya. Saya tak boleh buat apa-apa dan akan ambil pendekatan pekakkan telinga sahaja,” katanya.

Mael Totey The Movie memulakan penggambaran pada 12 Julai lalu dan menelan kos sekitar RM400,000.

Selain Syahmi, barisan pelakon utama lain ialah Asif Suhaimi, Yoe Parey, Emaleen Minhad, Wanie Rohaimie, Yatin dan Bedul. Pelakon pembantu lain pula terdiri daripada Catriona Ross, Husyairi Hussin, Daler Yusof dan Kamarool Yusoff.

Ditanya sasaran kutipan pula, Syahmi berkata, dia tidak memikirkan soal itu.

“Itu soal kedua kerana sememangnya sasaran saya pada tahun ini ialah maju ke hadapan. Impian saya nak beralih arah dari YouTube dan masuk TV atau pawagam Itu tujuan utama saya. Apabila filem ini dapat masuk Astro First, itu satu kejayaan yang sangat besar buat saya sebagai orang yang bukan bermula dalam bidang ini.

Sekiranya ada rezeki untuk filem seterusnya, barulah saya sasarkan berapa kutipannya pula. Untuk kali ini, dapat masuk Astro First pun dikira kejayaan besar,” katanya.

Sumber: Gempak , Harian Metro

https://mykmu.net/2020/07/12/nak-tahu-apa-itu-totey-tunggu/

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker