Anggota BOMBA dipukul lelaki ini ketika jalankan tugas tapi ada kisah disebaliknya….

Share

Menurut sumber, kemalangan yang membabitkan beberapa buah kenderaan itu berlaku pada pagi tadi di Jalan Suakasih di Bandar Tun Hussein Onn (BTHO) menghala ke Cheras Selatan.

Difahamkan, kereta yang dipandu oleh lelaki terbabit melanggar tiga buah kenderaan lain dan terbakar di tepi jalan.

Sepasukan anggota Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat BTHO datang ke lokasi dan memadamkan kenderaan terbakar itu.

Namun ketika sedang menjalankan tugas, lelaki terbabit datang ke arah keretanya yang terbakar tetapi dihalang oleh beberapa anggota Bomba. Juga kedengaran suara beberapa orang awam yang meminta lelaki itu ditahan.

Tidak berpuas hati, lelaki itu secara tiba-tiba memukul salah seorang anggota Bomba menyebabkan rakan setugas dan orang awam yang menyaksikan kejadian itu terus menangkapnya dari terus bertindak agresif.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balakong, Wong Siew Ki menerusi Facebooknya memaklumkan, Seorang lelaki yang emosi tidak stabil melanggar 3 kereta dan akhirnya terbakar di tepi jalan.

Lelaki tersebut telah dibawa balik ke balai polis untuk ujian air kencing juga kerana memukul anggota bomba yang datang membantu untuk memadam api keretanya.

Malah, menerusi entri video yang dimuat naik ke Instagram rasmi Kosmo, rata-rata mempertikaikan tindakan lelaki tersebut

“Jangan susahkan anggota bomba,” kata salah seorang netizen.

 
“Dia ingat bomba tak ada ilmu pertahankan diri ke?” marah salah seorang pengikut laman sosial.

Namun disebalik kejadian tersebut Awani melaporkan lelaki tersebut mengaku dia merupakan pemilik kereta yang terbakar dalam kemalangan.

Dilaporkan suspek meluru ke kawasan kejadian dan mahu menghampiri keretanya namun pegawai bomba yang bertugas memberikan arahan supaya suspek bertenang dan memberikan kerjasama.

“Namun suspek kemudian menjadi agresif dengan meluru ke arah seorang anggota bomba dan menumbuk lengan sebelah kiri anggota tersebut sebelum ditahan dengan bantuan orang awam di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.

Mengulas lanjut, Mohd Zaid berkata, siasatan awal mendapati suspek berusia 30an dan bekerja sebagai pengurus acara di Kuala Lumpur itu positif dadah.

“Saringan awal suspek positif dadah.

“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Kajang pada Jumaat untuk permohonan reman bagi membantu siasatan polis,” jelasnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 186 / 353 Kanun Keseksaan dan Siasatan kes kemalangan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Kosmo, Awani

ADA PISAU DALAM KERETA LELAKI TERSEBUT RUPANYA

“Terdapat sebilah pisau dalam keretanya dan ini yang membimbangkan anggota-anggota bomba dan polis,” 

Terdapat sebilah pisau dalam keretanya dan ini membimbangkan anggota-anggota bomba dan polis. Semua pihak terlibat telah membuat laporan polis dan juga pergi ke klinik utk mendapatkan rawatan.

Sumber :Info Roadblock JPJ/POLIS / Wong Siew Ki/Awani/Kosmo

Kredit: AwatttSheikhhhNetwork

 

PANAS! Larang Hampiri Kereta Terbakar, Abang Bomba Jadi Mangsa Tumbuk [Video]

Leave a Reply