Adun Warisan positif Covid-19

Seorang Ahli dewan Undangan Negeri (Adun) Warisan disahkan positif Covid-19.

Adun Kunak, Norazlinah Arif, mengesahkan beliau positif Covid-19 dan kini sedang menerima rawatan di hospital.

Norazlinah berkata, beliau menjalani ujian saringan kali ke-2 semalam, dan didapati positif.

“Saya kini menjalani kuarantin dan rawatan di sebuah hospital di Kota Kinabalu,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Katanya, ketika ini beliau tidak mengalami sebarang simptom Covid-19.

Beliau sebelum ini menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari selepas didapati mempunyai kontak rapat dengan individu positif Covid-19, dan ujian saringan pertama dilakukan pada 1 Oktober lepas.

Sabah merupakan negeri yang mempunyai kes positif Covid-19 yang tinggi sekali di Malaysia sekarang.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker