Adakah tujuan surat rasmi UMNO kepada PPBM bertujuan untuk diviralkan?

Share

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin meminta Umno menghantar surat rasmi bagi memperincikan syarat baru kerjasama membabitkan parti itu susulan keputusan mesyuarat Biro Politik Umno sebelum ini.

Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan berkata, perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh Setiausaha Agung PPBM Hamzah Zainuddin yang membawa permintaan Muhyiddin itu.

Pada sesi sidang video dalam talian, Ahmad Maslan dan Bendahari Agung Umno Tengku Adnan Tengku Mansor memperincikan perjanjian atau syarat baru kepada perdana menteri.

Ia supaya ada penambahbaikan dalam hubungan persefahaman politik antara Umno dan PN.

Namun, Ahmad Maslan menangguhkan penghantaran surat itu sehingga selesai mesyuarat Majlis Tertinggi Umno pada Selasa depan

Persoalannya sekarang kenapa perlu surat rasmi daripada UMNO?

Kenapa tidak hanya melalui perbincangan secara perjumpaan?

Kita sudah melihat banyak surat-surat rasmi diviralkan di media sosial untuk memburukkan sesetengah pihak.

Tidak mustahil surat rasmi UMNO kepada Muhyiddin juga kelak diviralkan oleh sesetengah pihak.

Muhyiddin minta Umno hantar surat rasmi perincikan syarat baru kerjasama

Leave a Reply