59 kawasan di Klang, Shah Alam, Kuala Langat alami gangguan bekalan air

Sebanyak 59 kawasan di Klang/Shah Alam dan Kuala Langat mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual berikutan kejadian paip pecah di kawasan pembinaan Worldwide Seksyen U11, Shah Alam, Selangor.

Dalam kenyataan hari ini, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) berkata, kejadian paip pecah berlaku berikutan tambakan tanah di atas paip oleh pihak ke-3 hingga menyebabkan tekanan berlebihan pada paip di kawasan berkenaan.

“Bantuan bekalan air melalui lori tangki akan digerakkan ke kawasan terlibat bagi membantu pengguna yang terjejas,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, Air Selangor memaklumkan senarai kawasan terjejas boleh didapati menerusi semua saluran komunikasi rasmi Air Selangor di Facebook, Twitter dan Instagram serta www.airselangor.com.



Nampaknya masalah gangguan bekalan air ini tidak pernah dapat diatasi oleh kerajaan negeri. Ternyata mereka gagal.

Cerita Paip Pulak Dah, Apa Kaitan Dgn Kos Sara Hidup?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker